Nov 9, 2010

Keluarlah Dari Neraka..!!

" Daripada Abu Said AlKhudri,ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Tidaklah perbantahan salah seorang daripada kalian tentang kebenaran yang menjadi haknya di dunia ini lebih keras perbantahannya daripada kaum Mukmin kepada Tuhan mereka tentang saudara-saudara mereka yang dimasukkan ke dalam neraka.Mereka mengatakan,"Wahai Tuhan kami,saudara-saudara kami dahulu solat bersama kami,puasa bersama kami dan mengerjakan haji bersama kami .Tetapi Engkau telah memasukkan mereka ke dalam neraka."

Allah berfirman,'Pergilah dan keluarkanlah sesiapa yang kalian kenal daripada mereka'.Kemudian mereka mendatangi saudaranya dan mengenali wajah-wajah mereka.Di antara mereka,ada yang telah terbakar hingga separuh kedua-dua betisnya dan ada pula yang terbakar hingga kedua-dua lututnya.Mereka pun mengeluarkannya lalu berkata:"Wahai Tuhan kami,kami telah mengeluarkan siapa yang Engkau perintahkan kepada kami."

Allah berfirman:'Keluarkan sesiapa yang dalam hatinya terdapat iman walau seberat satu dinar.'

Kemudian Allah berfirman lagi: 'Siapa yang dalam hatinya terdapat iman seberat setengah dinar.'

Hingga firman-Nya lagi: 'siapa yang dalam hatinya terdapat keimanan seberat zarah."

(H.Riwayat Al-Nasa`i dan Ibnu Majah)

Nov 4, 2010

Tinggal Di Sebuah Kepulauan...

Banjir mengelilingi penempatan Taman Melati Indah,Beseri Perlis.Kedudukan rumah kami yang terletak agak meninggi di atas bukit Tunjong mendapat jaminan bahawa banjir tidak akan menyerang.Perlis sedang ketiadaan air.Boleh dikatakan hampir seluruh kawasan negeri Perlis tidak mendapat bekalan air dan letrik.(kembali ke zaman dulu).Hidup serba kepayahan.Tapi alhamdulillah Allah meletakkan kami dalam kelebihan.Pemotongan bekalan air di rumah kami lambat sedikit dari jiran-jiran yang lain.Tetapi petang tadi,bekalan air mula berkurang sedikit demi sedikit.Sempat juga menadah air ke dalam baldi.Namun...Air untuk minum dan masak tidak cukup.Jadi terpaksalah keluarkan duit lebih untuk membeli air minuman.
Petang tadi,kami keluar untuk mencari bekalan makanan dan minuman.Kami memandu kereta menuju ke Pekan Kangar.Disebabkan negeri Perlis hanya sebuah negeri yang kecil,jadi semuanya tertumpu di Pekan Kangar.(terlupa,kangar pun banjir.lagi besar banjirnya) Sebelum memandu lebih jauh ke pekan kami cuba menghendap-hendap ke kedai-kedai berhampiran. Cuba melihat kalau-kalau ada mesin untuk membeli air.Kami cuba memandu kereta ke arah Padang Besar.Beberapa kedai yang kami lalui semua tidak menjual air dalam tong.Dan tidak menyediakan mesin beli air.Jadi kami terus mengorak lebih jauh,malangnya perjalanan kami tersekat dan terpaksa berpatah balik disebabkan jalan raya dihadapan sana dipenuhi air.Banjir.

Kami terus membuat 'U-turn' mencari jalan lain untuk ke pekan KAngar.'MENCARI AIR' untuk diminum dan bekalan-bekalan lain.Kami menggunakan jalan melalui 'Masjid Hijau' atau Pasaraya Seri Utama(jalan Restoran sarang burung) .Sekali lagi,papan tanda "Awas!Banjir Di Hadapan" menyambut kedatangan kami di jalan itu.Kami terpaksa membuat pusingan U sekali lagi.

Kali ini kami menggunakan inisiatif terakhir.Jalan Santan.Kereta t
erus dipandu menuju Pekan tujuan.KAngar.Setelah berkilometer kami memandu,dan minyak pun dah banyak yang telah ditelan oleh kereta kami memandang seolah di hadapan jalan sana ada 'Fatamorgana'(nampak macam ada air,tapi xsebenarnya tak ada) .Dengan keyakinan kami terus menghala ke jalan itu.Tiba-tiba apabila kereta kami makin menghampiri 'Fatamorgana' itu,kereta di hadapan kami cepat-cepat memberi signal dan memberhentikan kereta.
Ahh!!Baru aku perasan!Banjir juga kat depan.Aduh..Habis,kami berpatah balik dan singgah di kedai kampung untuk beli air barang sebotol dua.CUKUP
ka?? untuk entah beberapa hari akan datang lagi.Untuk masak,makan..Air-air di kedai semuanya habis di jual.Lori hantar air tak boleh hantar air ke penempatan kami disebabkan banjir.Jadi nak buat macamana?Tak kan nak recycle air basuh ikan kot..Redha.Jimat-jimat aa..

Kami dikelilingi banjir..Menjadi pulau.Jadi esok terpaksa tengok air tasik laa..Alhamdulillah dah sempat tadah air sikit.Tapi dengar-dengar empangan Timah Tasoh nak lepaskan air lagi.. Alamatnya terpaksa berjimat lagi banyak laa..

***sapa ada air lebih..pos sini sket..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nov 12, 2010

Boleh Buat??

bole wat ceni setiap pagi??

"Bukan LANGIT ILAHI..Bukan LAUTAN RABBANI..HANYA HAMBA Rahmani.."