Jun 30, 2011

~::Irfan Makiki ft MAHER ZAIN-I Believe::~

Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody: Irfan Makki & Maher ZainArrangement: Maher Zain

latest song by maher zain..
irfan makiki ft maher zain.
enjoy it!

Jun 28, 2011

~::Cup!Coca Cola..::~

Bismillahirrhmanirrhim...

Hmm...Tak pelikkan tiba-tiba hamba nak bercakap pasal coke??

Sebenarnya tadiiii...

Ups!Lupa bagi salam.Bukan lupa,tak ingat..

First Of All...

Assalamualaikum W.B.T..

Saudara pembaca budiman sekalian.Ingin sekali hamba melirikkan disini sebuah pepatah.'Tak tumbuh,tak melata.Tak sungguh,hamba tak kata.'(Orang perlis kata:"Tobat aku tak mohong")
Sebenarnya tadi,hamba ada terbaca satu fakta tentang Coke yang dirasakan amat dashat bagi hamba.Rentetan itu,hamba rasa terpanggil untuk berkongsi tentang "INI".Em.Ya!Walaupun memang ramai yang dah tahu,tapi info ini sebagai peringatan lagi sekali dan bagi yang belum tahu(macam hamba tadi).

Kadang-kadang kita sebagai manusia ini selalu sangat lupa bila sedang tenggelam dalam keasyikan nikmat .Jadi,jom sama-sama kita muhasabah balik,apa faedah yang kita boleh dapat dan apa pula keburukan yang bakal mengundang bila kita minum Coca Cola(coke).

nampak sedap en?
Fakta seperti yang tersenarai di bawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan dan sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke atau Coca Cola. Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan dua gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah pun dapat mencuba kajian ini :(Kalau xpayah pun xpa.Kalau nak buat,kena beli coke lak.Tambah keuntungan kat yahudi jaa.Baca dan renungkan!)

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa dua hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid'yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome, Lap bumperdengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat. Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak atau melekit dari pakaian. Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa empat hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

9. Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

10. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki, *bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin* pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau "Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

11. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori atau trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

12. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba bancuh kopi atau teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.

13. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

14. Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

15. Cuba rendamkan gigi *gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak* dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni,
kot-kot gigi tu bleh hilang!

16. Kalau anda tak suka minum kopi(tak termasuk kopi habbatus sauda yg Rasulullah minum,kopi disini mksdnya kopi pracmpuran era globalisasi kini.) tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

17. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun
seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga ,bunuh diri (UPS!mengajar pulak.) dan lain-lain. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah.

sebenarnya banyak lagi sbb lain xpayah kita minum coke ne..
selain membahayakan diri sendiri....
yang lebih parahnya ialah membahayakan diri orang lain.
JOM MINUM COKE!!
sambil MEMBUNUH..
Hamba sebenarnya bersyukur dan ingin sangat berterima kasih pada ayahanda dan bonda hamba kerana tidak pernah mengajar kami untuk minum minuman yang bergas terlampau.Coca Cola terutamanya memang sangat asing bagi hamba sejak kecil.Pernah juga minum,tapi jarang dan sangat-sangat jarang antara yang jarang.

RASA COCA COLA?

Mmm..hamba tak boleh cakap banyak bab ni,hamba pun bukan penagih tegar minuman cap pistol ne.Tapi pernah hamba try,kawan hamba yang beli.Tengok botol dia dengan wap air kat botol,memang menggiurkan.Hamba pun minta la sikit.Bila minum ja,MASYA-ALLAH.Bukan nak hilangkan dahaga pun,tambah lagi ada la.Gas dia terlampau tinggi.Rasa macam bukan minum air,nak kata minum gas saja,x pernah cuba la pulak.Kesimpulan,memang lidah dan kerongkong hamba tak boleh 'ngam' dengan minuman alah tu.Rasa sekali,pasti tak nak lagi.

Sebab tu hamba pelik,macamana lah orang lain boleh suka??

Rasanya,mereka2 yang masih 'minum' lagi tu,boleh buat solat sunat taubat untuk berhenti kot..
Tak baik untuk kesihatan weh..Ececeh..Cakap sal kesihatan lak dia..

KESIMPULANNYA?

Haa..kesimpulannya,kalian dah baca kan 'Fakta Menarik' kat atas tu tentang air coke ni?Ianya memang sangat-sangat tak elok.Hamba pun memang tak nak panjangkan kalam ni lagi,eloklah.Hamba cuma nak cakap.Cubalah berhenti minum air yang bergas terlampau tu..

Dan agak-agak air coke ni banyak mendatangkan kebaikan lagi ka keburukan??

..<<[AKU HANYA HAMBA]>>..

Jun 27, 2011

~::SAHABAT-Dia CerminKU::~

Bismillah...

Alhamdulillah Allah masih bgi sedikit peluang untuk hamba coretkan sesuatu disini.

Pertama sekali,

Assalamualaikum wbt.. buat undangan HANYA HAMBA..

semoga semuanya masih lagi dalam hidayahNYA..

Hamba cuma nak menulis sedikit sahaja.Tentang ke-tersentuh-an hamba terhadap seorang sahabat hamba yang hamba sayangi.

Baru-baru ini hamba sempat berjumpa dengannya di hari kecemerlangan sekolah hamba.Pada malam itu,hamba memakai tudung pink kain cotton.Kain itu agak susah la nak jadi elok di muka.Hamba sangat-sangat tak perasan dengan keadaan tudung hamba.Ketika hamba berjumpa dengan sahabat hamba ,setelah bersalam dan ber`muqaddimah`..Sahabat hamba membuka mulut.Yang mana terngiang2 sampai saat ini.

"Fah,tudung ampa senget.."Dia menegur.

Saat itu,hamba betul2 terasa bahawa dia adalah cermin hamba.

"Mana?......Dah ok?"Sambil hamba membetulkan tudung.Dalam keadaan hamba tidak dapat melihat wajah hamba itu,sahabat hamba ringan tangan membantu.Sangat2 terharu.

"Senget ke mana?kanan ke kiri..?"Hamba bertanya dan dia memberi 'direction' sehingga tudung itu berada dalam keadaan yang betul..Sahabat hamba itu telah menjadi cermin kepada hamba.Sekali lagi,sangat2 terharu.Bayangkanlah.seandainya hamba tidak memiliki sahabat ketika itu.Sudah pasti hamba akan terus menerus dalam 'kesilapan' hamba itu.Selepas itu barulah hamba meneruskan tugasan hamba di tempat lain.

Alhamdulillah.Hamba sangat bersyukur memeliki teman seperti itu.Membetulkan apa yang salah pada diri kita.Bukan mencebik atau menghina.Hamba harap,dalam kehidupan realitinya pun dia dapat membantu hamba yang serba kekurangan ini...Tanpa sahabat hamba tidak dapat melihat di mana kesilapan dan kekurangan hamba..

THANKS RUZIAH..HubbuKI Fillah..
kita jalan seiringan boleh???

Jun 24, 2011

~Maaf kerana buatkan kamu MARAH~

Assalamualaikum..

Salam sejahtera,salam ceria.. Ehh..senyum2 semua yaa..Baguss.Ini yang kita nak.

Hmm..Rasanya kali ini hamba nak menggomel tentang apa?

SALAAAHH!!

Hamba tak berapa pakar dalam bab tu,hamba cuma nak cerita sikit pasal seorang hamba Allah yang berusaha sehabis daya dia untuk menahan amarahnya..Jom baca!

**********************************

"Aiman,Hakim,mari sini!" Afif memanggil kedua orang anaknya yang sedang bergaduh di ruang tamu.Sebenarnya sudah lama Afif memerhatikan pergaduhan anak sulung dan keduanya itu.Namun dia tidak cepat-cepat menegur perbuatan anak-anaknya itu.Dia sedang mencari 'seni' dalam mendidik.Dia sedang mencari bagaimana jalan terbaik yang dapat dia tegur dan membuatkan anak-anaknya boleh terima dengan tegurannya itu.Dari sofa yang terletak di bahagian tepi ruang tamu,dia memanggil anaknya itu dan mempersilakan mereka untuk duduk di hadapannya.

"Aiman dan Hakim nak dengar sebuah cerita tak?Cerita abah muda-muda dulu."

"Naakk!!"Bukan cuma Aiman dan Hakim yang tertarik dengan 'sejarah' ayah mereka.Namun adik-adik mereka juga sangat tertarik dengan kisah silam paduka ayahanda mereka itu.Mereka memang sangat gemar mendengar cerita ayah mereka semasa kecil dan remaja.Kerana banyak pengajaran dan motivasi yang boleh di ambil.Tambahan Afif itu sememangnya Allah anugerahkan dia 'keunikan' dalam bercerita.Sangat menarik untuk didengari.

"Kenalkan Pak Cik Ariff?"Afif memulakan cerita dengan memperkenalkan sahabat baiknya itu. Anak-anak pun mengangguk.

"Pernah satu ketika tu,Pak Cik Ariff terbuat silap kat abah.Abah memang rasa marah sangat-sangat.Abah hayunkan langkah seribu dengan sejuta kegeraman dan berjumpa dengan Pak Cik Ariff.Bila sampai ja depan Pak Cik,abah terlihat senyuman dia.Dia tersenyum simpul pada abah.Abah dekatkan diri abah dengan dia,abah pun pegang tangan dia.Genggam kuat-kuat.Sampai muka abah merah padam.Macam beg Aishah tu."Muqaddimah Afif sambil menudingkan jarinya ke arah beg anak perempuannya,Aishah.

Semua anak-anaknya tergelak.Sebab mustahil wajah ayah mereka memerah seperti itu.Merah hati.Afif pun turut tersenyum meraikan tawa anak-anaknya.

"Lepastu abah buat apa?"Tanya Hakim,9 tahun.

"Hakim rasa,abah buat apa?Dalam keadaan marah sangat-sangat tu."tanya Afif sambil memancing jiwa anaknya yang bergaduh tadi supaya mereka berfikir apa yang seharusnya dilakukan bila sedang marah.Soalan itu disusuli dengan usapan di belakang kepala anaknya.

Hakim senyap-senyap menjeling kepada abangnya Aiman.Seraya menjawab."Belasah dia."

Afif tersenyum kecil.Kali ini dia bertanya pula kepada anaknya yang sulung,"Soleh tak along kalau dalam keadaan marah kita belasah orang?"

Aiman yang ketika itu sudah berusia 11 tahun dapat mengagak bahawa ayahnya sedang menegurnya kerana bertumbuk dengan adiknya tadi.Dan dia dapat merasakan bahawa perbuatannya tadi itu salah.Perlahan Aiman menggeleng.

"Haa..abah tak tumbuk dia,abah tak belasah dia ..tapi abah terus peluk dia kuat-kuat.." Sambung Afif cuba mengemukakan penyelesaian.

"Sampaikan Pak Cik terperasan yang abah tengah marah sangat-sangat kat dia.Sebabnya abah ni kalau marah,muka memang jadi merah sangat-sangat."Afif menghentikan kata-katanya seketika.Memerhatikan wajah anak-anaknya satu persatu.Tekun mendengar.

"Abah peluk Pak Cik kuat-kuat kemudian abah cakap 'aku minta maaf Riff ', "

"Aik?kenapa abah yang minta maaf,kan tadi Pak Cik Ariff yang salah."Celah Hakim.Tak puas hati.

"Yaaa..tapi abah faham,Pak Cik Ariff sebenarnya tak sengaja.Tapi abah yang salah sebab nak marah dia.Jadi abah lah yang kena minta maaf.Lagipun tak ada salahnya kan kalau kita minta maaf walaupun kita tak salah.Kan Rasulullah cakap:Orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan dirinya daripada amarah.Tapi sebenarnya sebelum abah minta maaf kat Pak Cik,Pak Cik cakap kat abah dulu, 'aku minta maaf sebab buatkan kau marah..'abah tak lupa ayat tu.." Kesimpulan Afif cukup memberitahu anak-anaknya bahawa penyelesaian dalam pertengkaran adalah meminta maaf dan memaafkan.

"Lepas tu bah?" Aishah masih tidak puas hati.

"Lepas tu,Pak Cik Ariff pun minta maaf ngan abah sebab tak sedar dia buat salah tadi.Tapi abah dah maafkan dia masa abah peluk dia .Dia senyum,abah pun senyum.Tak ada yang luka,tak ada yang sakit.Masalah pun selesai.Tak perlu nak gaduh.Memaafkan adalah lebih baik"

Sekali lagi,Afif cuba mencucuk jarum nasihat untuk kedua anaknya yang bergaduh tadi.Aiman tertunduk malu.Dia sudah faham sangat.Hakim tiba-tiba menghulurkan tangan kanannya kearah Aiman.Tapi wajahnya di palingkan ke arah lain.Aiman dengan matang,menyambut tangan adiknya.Perlahan tertutur."Abang minta maaf"."Hmm.Akim pun"Ringkas respon Hakim.

Dalam hati Afif dia tersenyum lebar, "Objektif tercapai".Bisiknya.

Dari dapur, Muslehah menonton adegan itu dengan penuh kesyukuran.Bersyukur kerana mendapat anak-anak yang mudah menerima nasihat.Dan bersyukur kerana mendapat suami yang lestari menyusun strategi tarbiyah untuk anak-anaknya.Terasa ringan beban seorang ibu.Suaminya bukan sahaja bijak mengatur hal ehwal luaran keluarga malah dalam proses mendidik anak pun dia bijak. Tercuit di hati kecil Muslehah "Machonya.."

~::AKU HANYA HAMBA::~

Jun 23, 2011

Cikgu DESA meninggal dunia..

AsSalamualaikum..

Pembaca Budiman..Ingin hamba coretkan sedikit di sini.Bukanlah banyak, sekadar muhasabah untuk kita yang masih hidup.

Dalam kesibukan warga MATRI(sekolah hamba) sedang bersiap untuk bersemuka dengan Hari Kecemerlangan dan Koperasi MATRI 2011 ini,kami dikejutkan dengan pemergian seorang lagi murabbi kami,Cikgu Desa ,suami kepada Mak Cik Onen,ayah kepada Ust Wafiq yang kami kagumi dan bapa mertua kepada Teacher Nizrana yang kami sayangi .

Allah izin,Cg Desa dijangkiti kuman dalam darah.Beliau dimasukkan ke dalam hospital beberapa minggu yang lalu.Dan di gemparkan dengan kemasukannya ke ICU beberapa hari yang lalu.Sempat juga hamba dan beberapa orang sahabat hamba menziarahi beliau dan keluarga ketika saat kritikal itu.Apa yang mengkagumkan hamba ialah ketabahan keluarga Cg Desa.Jujur hamba katakan.Wajah Mak Cik Onen,Ust Wafiq dan anak-anaknya yang lain langsung tidak menggambarkan keresahan atau ketidak terimaan..Bergantung pada Allah itu jauh mereka letak lebih tinggi dari seorang suami dan ayah mereka.Tidak merasakan bahawa kehidupan mereka juga akan berakhir saat itu.

Walaupun sekeliling membuat kesimpulan "makin kritikal",tapi bila terpandang wajah mereka(keluarga Cg Desa).Seoalh-olah tiada ujian yang dirasakan.Percaya pada takdir,dan mereka lebih meyakini pada ketentuan Allah.

Mungkin pada mereka,hadis ini menjadi pembimbing.

"Kafaa bil mauti zikraa"-cukuplah dengan kematian itu satu peringatan.

Cg Desa meniggal jam 12 tghari tadi..

Wallahualam..

SAmalah kita mendoakan roh beliau dicucuri rahmat.

AlFAtihah...

~::KITA HANYA HAMBA::~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Bukan LANGIT ILAHI..Bukan LAUTAN RABBANI..HANYA HAMBA Rahmani.."