Jun 22, 2011

...SEKADAR MEMBACA DOA...

Bismillah..

ASsalaMualaikum W.B.T..

Buat pembaca HANYA HAMBA,terima kasih kerana masih sudi bertandang ke teratak hamba yang serba kekurangan ini.Harapnya dapatlah apa sahaja yang dapat tuan hamba kutip dari teratak hamba ini.

Tidak banyak yang ingin hamba coretkan di sini.Cuma secebis perkongsian untuk tetamu yang bertandang.Terkilan juga bila ada yang pulang tanpa manfaat.Hamba sebenarnya banyak yang ingin di kongsi namun,tanggungjawab dan kekangan lain terlebih dahulu terpacak.

Hamba gagahi jua untuk berkongsi sesuatu pada hari ini.Sudilah kalian menerimanya..

MEMBACA DOA ATAU Berdoa

Hamba terasa dengan perkongsian Syu(Nor Syuhada Safurah,sahabat hamba) dalam perjumpaan 15Zikr(rakan2 se-batch) baru-baru ini.Katanya orang selalu baca doa dan jarang sekali kita sedar yang kita tidak berdoa.Baca doa di sini maksudnya,membaca doa,meneliti huruf-huruf teks,tanpa rasa insaf,bergantung,mengharap atau betul-betul meminta dari Allah.Definisi membaca dari kamus dewan sendiri ialah "memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti ". Jadi,berkemungkinan besar belum hadir rasa 'berdoa' itu sendiri.Sebabnya kita sekadar membaca.

Berlainan pula dengan berdoa.Doa itu berasal dari perkataan arab yang bermaksud seruan atau permintaan (boleh semak kamus) atau dari perkataan "da`a-yad`u-du`aa`".Jelaslah di sini bila diniatkan berdoa itu maksudnya betul-betul menyeru kepada Allah dengan pengharapan,meminta dan bergantung.

Duduklah BERDOA...Bukan hanya sekadar MEMBACA DOA...

Kembali kita koreksi semula diskriminasi dua perlakuan ini..Selama ini,kita BERDOA atau MEMBACA DOA.Selepas itu,barulah tanya semula kenapa Allah tidak mengkabulkan doa kita selama ini.Kerana kita hanya membaca bukan meminta dan berharap padaNYA..

Lagi satu...

DOA KAT AKU @ DOA KAT ALLAH..

Satu perkara yang kita agak terlupa.Perkataan 'kat' yang lahir dari tiga perkataan itu sahaja kadang-kadang sudah boleh mengubah maksud percakapaan kita.Dalam penggunaan kata 'Kat' atau dalam bahasa bakunya dipanggil 'pada' perlulah diberi perhatian yang serius.Terutamanya dalam konteks ini.Kita meminta sahabat kita mendoakan kita.Tetapi bunyinya:

"Doa kat aku tau"

Dari segi bahasanya bermaksud,

"Minta/harap/seru kat aku tau"

Fulan itu sepatutnya berkata:

"Doakan aku " bukan "Doa kat aku".

Jika frasa 'doa kat aku' digunakan, ini membawa maksud,si fulan meminta agar sahabatnya itu meminta pada dia.Tapi bukankah dia tidak dapat memberi apa-apa?Sahabatnya itu seharusnya meminta pada Allah.

"Doa kat Allah"

Frasa ini pula membawa maksud meminta pada Allah.Ini barulah jelas.Kita sememangnya perlu meminta/berharap pada Allah.

Hmmm..Sedikit ini sahaja yang dapat dicelotehkan..
Moga dapat berkongsi lagi..

Sekian sahaja.....

~::AKU HANYA HAMBA::~

Jun 8, 2011

RM16,300 untuk pertandingan blog kreatif

Ismail Hashim

SHAH ALAM, 7 Jun: Kerajaan Negeri Selangor terus mempelbagaikan promosi konsep

negeri itu yang terkenal dengan Negeri Idaman; Maju, Sejahtera dan Berkebajikan, kali ini dengan

menganjurkan Pertandingan Blog Kreatif yang menawarkan hadiah lumayan.

Dengan kerjasama penuh Fakulti Industri Teknologi Maklumat, Universiti Industri Selangor (Unisel),

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan

negeri,

Dr Hajah Halimah Ali melancarkan pertandingan itu petang tadi.

Hadiah lumayan yang ditawarkan untuk keseluruhan kategori berjumlah RM16,300 dan hadiah

iringan yang lain.

Dr Halimah berkata, dengan adanya pertandingan yang terbuka kepada tiga kategori pelajar sekolah,

penuntut institut pendidikan tinggi dan umum, diharapkan dapat mencapai banyak manfaat berkaitan

dengannya.

(Gambar: Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor,

Dr Hajah Halimah Ali melancarkan Pertandingan Blog Kreatif, petang tadi)

Katanya, bermula hari ini hingga 31 Oktober 2011, pertandingan itu dibuka kepada warganegara

Malaysia mengemukakan penyertaan mereka mengikut syarat-syarat tertentu.

“Objektif pertandingan untuk menggalakkan penggunaan internet secara positif oleh pelajar-pelajar

sekolah dan IPT, memberikan ruang seluasnya untuk semua lapisan rakyat khususnya golongan

muda berbicara dan meluahkan pendapat serta impian mereka dalam pembikinan Selangor sebagai

sebuah Negeri Idaman.

Selain itu, jelasnya, ia bertujuan menyediakan ruang perbincangan maya untuk membangunkan

Selangor agar idea terbaik boleh dicetus, dikembang serta dikongsi bersama dalam perbincangan

konstruktif.

“Pertandingan ini juga bertujuan membentuk masyarakat berilmu dan gemar menulis kerana kemahiran

ini merupakan elemen utama di dalam pembentukan masyarakat cintakan ilmu.

“Lebih dari itu, pertandingan ini juga menyediakan ruang luas kepada masyarakat menyatakan bagaimana bentuk Negeri Selangor Impian yang mereka inginkan agar dapat diberi perhatian oleh pimpinan di

peringkat kerajaan negeri,” tegasnya.

Untuk info awal, Kategori Pelajar Sekolah Menengah terbuka semua pelajar sekolah di seluruh

Malaysia yang berumur antara 13 hingga 17 tahun.

Manakala semua pelajar institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia yang berumur antara

18 hingga 25 tahun boleh menyertainya dan kategori umum pula terbuka kepada seluruh warganegara

Malaysia.

Penyertaan adalah secara individu yang hanya boleh mendaftarkan satu laman blog sahaja dengan menggunakan sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

Peserta bebas menggunakan sebarang aplikasi, tool atau perisian untuk membina blog masing-masing.

Kandungan blog mestilah asli dan jika diambil daripada sumber lain, perlu dinyatakan sumber tersebut

dengan jelas.

Kandungan yang diambil sepenuhnya daripada sumber lain tanpa kredit kepada sumber asli akan dikira

batal.

Kriteria penilaian blog melibatkan kreativiti termasuk penggunaan teks dan elemen multimedia yang

mampu menarik perhatian, kadar maklumat yang diposkan pada blog dan bilangan pelawat yang

melawat blog.

Maklumat lanjut pertandingan boleh didapati di www.selangor.idamanku.com

:maklumat dari

HARAKAH DAILY

May 31, 2011

Anyam Kesabaran Anda..

Assalamualaikum..

Apa khabar pelawat2 "Hanya Hamba" sekalian??.Sudah lama Hanya Hamba mengunci bibir.Mungkin ada yang beranggapan Hanya Hamba sudah lelah berceloteh di rongga maya.Jangan Begitu!Panah pena hamba akan kembali menusuk arena penulisan ini.Namun,yang menjadi persoalannya....BILA?..mmm..bila ya?yang pasti bukan dalam masa terdekat ini.Hamba perlu sedikit masa lagi untuk mengasah senjata hamba.Nantikan kemunculan hamba nanti.Hamba akan bangkit dengan 1001 wadah idea dan pendapat.

Apa yang hamba harap dari pelawat dan pembaca sekalian hanyalah menganyam kesabaran anda dalam menanti kemunculan ERA BARU "HANYA HAMBA"!

Peganglah pada satu kata-kata ini:-

~ "Jika bersabar,pasti subur,jika tidak,terkubur!"~

-renung2kanla..

Jan 30, 2011

Maher Zain Dendangkan INSHA-ALLAh Versi MELAYU..

NYANYI SAMA2...

1.........2............3!!

Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang kelam
tiada bantuan,tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana...
Allah bersamamu..

[chorus]

InsyaAllah... InsyaAllah...
InsyaAllah... Ada Jalannya...(2x)

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa...
Kerana..
Allah bersamamu...

[chorus]

Kembalilah....
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
00OO Ya Allah...
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke
Jalan yang benar..
Jalan yang benar...
Jalan yang benar..
Jalan yang benar...

[chorus]

Jan 25, 2011

Berjaya Berpuasa SEMINGGU !

Fuuuhh..Alhamdulillah..

Akhirnya saya berjaya.Genap seminggu saya menyepi dari kaca komputer.AKhirnya dapat juga saya melepaskan rindu yang membekung di dada ini.

SEMINGGU... @ 7 hari. Saya berjaya melaksanakan kaffarah(denda) ats bberapa keslahan yg tlah saya lakukan.

Hari Isnin yang lalu.Allah mengizinkan saya tersalah langkah.Terlanjur melakukan satu kesalahan.Yang pada sya keslahan itu agak besar..Memarahi diri shj tidak lah terlampau berguna.Lalu saya punn merancang satu denda buat diri saya.Denda itu di buat supaya saya berjaga-jaga di lain kali supaya tidak tersasar melakukan kesalahan itu lagi..

Dan hari ini,ada lah hari pembebasan saya dari kaffarah itu..

Saya berjaya puasa dari membuka mana2 laptop atau k0mptr..bg tujuan apa sklipun..

ALHAMDULILLAH!!

Saya Seorang yang BAgus...

Jadi,sebagai hadiah di hari pembebasan saya ini..
Jom tengok vid ayat2 cinta ni..
"Ayat-Ayat Cinta V2"

Jan 15, 2011

Nak ajak jalan2 kat blog awk..

Salam semua...apa khabar kalian??

Hari ini semua ok2 ke?
Atau ada yg nak diluahkan?

Haa...
nak kongsi ssuatu tp xda yg nk dgr?
sian..
skrg jgn risau,
bole letakkan LINK blog anda kt bwh ne.
sya akan isi minyak krta dn jln2 kt blog awk ntok bca luahn atau prkgsian awk tu..
meh la.
jgn sgan silu.
bahasa melayu pun sy bc,bhs inggris x tkecuali,bhs arb lagi laa..klu bhs lain pon jgn rsau..en google sy kn ada.sy bleh mnta tlg dy.

nak gi ajak kawan sya jln2 kt blog awk.

klu rsa mnrik sy akn ajak kwn2 sy skali g r0und2 kt blog awk.

J0oM!!

Jan 13, 2011

DOA yang dimakbulkan..

Furqan dan Nuqman adalah dua orang sahabat baik dan tinggal berjiran.Kedua-dua mereka mengalami kesempitan hidup.Setiap hari,setelah seharian bekerja masing-masing akan berdoa.Mereka akan berhenti di sebuah masjid dan berdoa bersungguh-sungguh.

Selesai berdoa,Furqan bertanya kepada Nuqman.

"Kau doa apa hari ini?"
"Aku doa semoga esok aku dimurahkan rezeki.Sebab aku perlukan belanja yang banyak bulan ini."Jawab Nuqman.Tambahnya lagi,

"Kau?"

Furqan hanya melebarkan bibirnya ke pipi.Mengukir senyum.

Keesoakan hari,Nuqman memberitahu Furqan berita gembira,

"Furqan,doa aku semalam dimakbulkan.Aku dapat bonus dari boss hari ini.ALHAMDULILLAH."

Furqan dengan senang hati menjawab,

"Alhamdulillah.Hari ini kau doa apa pula?"
"Aku doa moga isteri aku selamat bersalin."

Mereka berdua duduk di dalam masjid dan masing-masing teruskan berdoa.Selesai berdoa Nuqman membuka mulut mengajukan soalan.

"Kau pula berdoa apa tadi?"

Hanya senyum berbahasa.Furqan tidak mengutarakan apa-apa jawapan.

Beberapa hari kemudian Nuqman memberitahu Furqan bahawa isterinya selamat bersalin.

"Nampakya doa aku sekali lagi dimakbulkan Qon."
"TAhniah NUQman!" Furqan dengan turut bersyukur menghadiahkan ucapan.Dan menyambung perkataannya,
"Aku berdoa juga supaya anakku selamat,"katanya dengan berwajah muram.

"Anak kau?Kenapa dengan dia Qon?"
"Anakku yang bongsu sedang sakit.Keadaannya makin membimbangkan,"
"InsyaAllah,kau doalah kuat-kuat sikit.Minta dengan Allah supaya anak kau selamat."Pujuk Nuqman seraya memberi jalan.

Setelah beberapa hari kemudian,seperti biasa,seusai solat dan berdoa mereka berbual seketika.

"Bagaimana dengan anak kau Qon?"tanya Nuqman mengambil berat.
"Cuma berubah sedikit sahaja.Masih macam tu juga."Furqan menundukkan sedikit kepalanya.
"Doa banyak lagi Qon.Aku tak sangka doaku sangat makbul.Hampir setiap yang aku doa semuanya dimakbulkan Allah.Tapi kau....."Kata-kata Nuqman terhenti di situ.

Furqan tersenyum.Seikhlasnya.

"Aku hairan,doa kau tak makbul tapi kau masih boleh tersenyum?" Soalan diajukan oleh Nuqman mengiringi kehairanannya itu.

"Sebenarnya doaku telah banyak dimakbulkan oleh Allah,"kata Furqan.
"Yang mana?Aku tengok tak ada apa-apa perubahan pun pada kau?"Nuqman masih lagi hairan.
"Doaku sejak dulu hanya untuk kau sahabatku.Setiap hari aku berdoa supaya Allah memakbulkan apa yang kau doa kepada-NYA."

Pengajaran:
"Doa kita tanpa pengetahuan mereka,
itulah keikhlasan!"

Jan 11, 2011

Mereka Telahpun BERKAHWIN...

Masih belum terlambat..

Barakallahulakuma buat sahabatku :
NUR SARAH BT MOHAMAD AZIR

DAN PASANGANNYA

MUHAMMAD TAUFIQ B MONTASIR

"Semoga perkahwinan kalian berdua bersama REDHA Allah."

...SARAH BERBAJU BIRU...

Selamat Pengantin Baru

Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Menongkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal keanak cucu
Moga kekal hingga ke syurga...

Jan 9, 2011

Kembali..

Aku kembali dari menyepi..
Jemariku mula galak menari,
meluah tinta luahan hati.
Menyatakan yang pasti!

HARI-HARI!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Bukan LANGIT ILAHI..Bukan LAUTAN RABBANI..HANYA HAMBA Rahmani.."