Dec 6, 2010

Kem Minda Kreatif - HALUAN Malaysia Jom Konvoi Ramai2..

KMK2010 Akan Berlangsung di Seluruh Malaysia

PENGUMUMAN PENTING !

Kem Minda Kreatif 2010 anjuran Kelab Remaja HALUAN(KeARAH) akan dianjurkan di setiap negeri Semenanjung Malaysia!

PERLIS INDERA KAYANGAN @ DARUL SUNNAH:

10 hingga 12 Disember 2010 bertempat di Eagle Park Resort, Bukit Ayer, Perlis
Sila hubungi : 1) Cikgu Ghazali Saad (012 512 6546) atau
2) Saudari Nawal Kadir (013 204 2469).
Bayaran : RM 50

Keterangan lanjut : [ FaceBook | Kem Minda Kreatif Perlis ]

Brochure KMK Perlis 1 - pembetulan: tempat kem ialah Eagle Park Resort

Brochure KMK Perlis 2

KEDAH DARUL AMAN:

10 hingga 12 Disember 2010 bertempat di Kem Singkir, Yan, Kedah
Sila hubungi : 1) Saudara Abu Ubaidah Shahrudin (013 628 4940)
Keterangan lanjut : [ FaceBook | Kem Minda Kreatif Kedah ]

Iklan KMK Kedah

PULAU PINANG PULAU MUTIARA:

10 hingga 12 Disember 2010 bertempat di Pusat Latihan Kokurikulum Pulau Pinang (PULAKOPP) , Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Sila hubungi : 1) En. Kamal bin Abdullah (013 482 0141)
Yuran Peserta : RM 80/orang

PERAK DARUL RIDZUAN : (ALHAMDULILLAH, SUDAH SELESAI DIJALANKAN!)

20 hingga 21 November 2010 bertempat di Kem Hanifa, Gopeng, Perak.
Yuran Peserta : RM 30/ orang
Sila hubungi : 1) En. Muhammad Fadhli (012 507 5677)
2) En. Muhammad Ridhwan ( 019 5110300)
3) En. Ibrahim ( 019 5110850)
Keterangan lanjut : [ FaceBook | Kem Minda Kreatif Perak ]

Brochure KMK Perak 1

Brochure KMK Perak 2

SELANGOR DARUL EHSAN @ WILAYAH TENGAH :

17 hingga 19 Disember 2010 bertempat di Kem PLKN Paya Indah

Sila hubungi : Hasbullah (Shah Alam) | 012 426 2343

Kamaruddin (Klang) | 019 913 7231
Roslan (KL Utara) | 013 376 7082
Sabarudin (KL Selatan) | 012 399 0386
Nasruddin (Bangi) | 012 386 2725
Fauzi (Putrajaya) | 016 319 3437
Nasaruddin (Lain-lain) | 019 559 2042

Keterangan lanjut : [FaceBook | Kem Minda Kreatif Wilayah Tengah]

brochure kmk wilayah tengah 1
brochure kmk wilayah tengah 2

JOHOR DARUL TAKZIM

17 hingga 19 Disember 2010 bertempat di PUSAT KECEMERLANGAN & PEMBANGUNAN INSAN YPJ, JalanSekakap, 86800 Endau, Johor
Yuran Peserta :
RM60.00
(RM50.00 kalau daftar sblm 10 Disember 2010)
Tambahan RM30.00 sekiranya ingin mengikuti rombongan menaiki bas dari Sekolah Rendah Agama Ghufran, Simpang Renggam.

Sila hubungi : 1) Ahmad Akif Adam : 012 785 7748 atau e-mail :ibnuadam_88@yahoo.com
Untuk keterangan lanjut : [ FaceBook | Kem Minda Kreatif Johor ]

PAHANG DARUL MAKMUR

17 hingga 19 Disember 2010 bertempat di Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Pintasan Kuantan-Kemaman, 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Yuran Peserta : RM 50.00/ orang
Sila hubungi : 1) Naqiuddin Salleh (013 9903484)
2) Anas Asyraf (013 4833087)

BROCHURE KMK PAHANG 1
BROCHURE KMK PAHANG 2
Untuk keterangan lanjut : [ FaceBook | Kem Minda Kreatif Pahang ]

KELANTAN DARUL NAIM

17 hingga 19 Disember 2010 bertempat di Jeram Mengaji, Selising, Pasir Putih, Kelantan.
Yuran Peserta : RM60/orang

BROCHURE KMK KELANTAN 1

BROCHURE KMK KELANTAN 2

[[ REMAJA DINAMIK, KEHIDUPAN FANTASTIK ]]

Sudah bertahun KMK berjalan. Sekarang, dengan cabaran yang hebat menanti KeARAH dan demi kemajuan … perubahan sangat diperlukan.

Justeru, kami mengolah perubahan terhadap KMK. Kali ini, perubahan yang besar.Idea. Manusia. Bahasa.

Pastinya ini adalah satu penghormatan untuk anda dan KeARAH secara umumnya.

[[ OBJEKTIF ]]

a. Menerapkan kefahaman yang mendalam Islam sebagai penyelesaian permasalahan dalam hidup.
b. Memperlihatkan cara ibadah yang betul khususnya solat dan wuduk berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah.
c. Mendidik peserta untuk menghayati erti sebenar persahabatan dan silaturahim yakni ukhuwwah.
d. Mendidik peserta prinsip-prinsip Islam dalam adab sosial dan sahsiah.

Sila rujuk ke [FanPage KeARAH] dan [Fanpage Kem Minda Kreatif (KMK)]untuk apa-apa maklumat berkaitan.
Jangan biarkan masa cuti anda, anak-anak anda kosong !
Carilah RUANG dan PELUANG untuk mengisi cuti anda dengan kebaikan!
Sertai KEM MINDA KREATIF untuk mendapat 'special touch' , InsyaAllah.
Wallahu a'lam

.

Nov 9, 2010

Keluarlah Dari Neraka..!!

" Daripada Abu Said AlKhudri,ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Tidaklah perbantahan salah seorang daripada kalian tentang kebenaran yang menjadi haknya di dunia ini lebih keras perbantahannya daripada kaum Mukmin kepada Tuhan mereka tentang saudara-saudara mereka yang dimasukkan ke dalam neraka.Mereka mengatakan,"Wahai Tuhan kami,saudara-saudara kami dahulu solat bersama kami,puasa bersama kami dan mengerjakan haji bersama kami .Tetapi Engkau telah memasukkan mereka ke dalam neraka."

Allah berfirman,'Pergilah dan keluarkanlah sesiapa yang kalian kenal daripada mereka'.Kemudian mereka mendatangi saudaranya dan mengenali wajah-wajah mereka.Di antara mereka,ada yang telah terbakar hingga separuh kedua-dua betisnya dan ada pula yang terbakar hingga kedua-dua lututnya.Mereka pun mengeluarkannya lalu berkata:"Wahai Tuhan kami,kami telah mengeluarkan siapa yang Engkau perintahkan kepada kami."

Allah berfirman:'Keluarkan sesiapa yang dalam hatinya terdapat iman walau seberat satu dinar.'

Kemudian Allah berfirman lagi: 'Siapa yang dalam hatinya terdapat iman seberat setengah dinar.'

Hingga firman-Nya lagi: 'siapa yang dalam hatinya terdapat keimanan seberat zarah."

(H.Riwayat Al-Nasa`i dan Ibnu Majah)

Nov 4, 2010

Tinggal Di Sebuah Kepulauan...

Banjir mengelilingi penempatan Taman Melati Indah,Beseri Perlis.Kedudukan rumah kami yang terletak agak meninggi di atas bukit Tunjong mendapat jaminan bahawa banjir tidak akan menyerang.Perlis sedang ketiadaan air.Boleh dikatakan hampir seluruh kawasan negeri Perlis tidak mendapat bekalan air dan letrik.(kembali ke zaman dulu).Hidup serba kepayahan.Tapi alhamdulillah Allah meletakkan kami dalam kelebihan.Pemotongan bekalan air di rumah kami lambat sedikit dari jiran-jiran yang lain.Tetapi petang tadi,bekalan air mula berkurang sedikit demi sedikit.Sempat juga menadah air ke dalam baldi.Namun...Air untuk minum dan masak tidak cukup.Jadi terpaksalah keluarkan duit lebih untuk membeli air minuman.
Petang tadi,kami keluar untuk mencari bekalan makanan dan minuman.Kami memandu kereta menuju ke Pekan Kangar.Disebabkan negeri Perlis hanya sebuah negeri yang kecil,jadi semuanya tertumpu di Pekan Kangar.(terlupa,kangar pun banjir.lagi besar banjirnya) Sebelum memandu lebih jauh ke pekan kami cuba menghendap-hendap ke kedai-kedai berhampiran. Cuba melihat kalau-kalau ada mesin untuk membeli air.Kami cuba memandu kereta ke arah Padang Besar.Beberapa kedai yang kami lalui semua tidak menjual air dalam tong.Dan tidak menyediakan mesin beli air.Jadi kami terus mengorak lebih jauh,malangnya perjalanan kami tersekat dan terpaksa berpatah balik disebabkan jalan raya dihadapan sana dipenuhi air.Banjir.

Kami terus membuat 'U-turn' mencari jalan lain untuk ke pekan KAngar.'MENCARI AIR' untuk diminum dan bekalan-bekalan lain.Kami menggunakan jalan melalui 'Masjid Hijau' atau Pasaraya Seri Utama(jalan Restoran sarang burung) .Sekali lagi,papan tanda "Awas!Banjir Di Hadapan" menyambut kedatangan kami di jalan itu.Kami terpaksa membuat pusingan U sekali lagi.

Kali ini kami menggunakan inisiatif terakhir.Jalan Santan.Kereta t
erus dipandu menuju Pekan tujuan.KAngar.Setelah berkilometer kami memandu,dan minyak pun dah banyak yang telah ditelan oleh kereta kami memandang seolah di hadapan jalan sana ada 'Fatamorgana'(nampak macam ada air,tapi xsebenarnya tak ada) .Dengan keyakinan kami terus menghala ke jalan itu.Tiba-tiba apabila kereta kami makin menghampiri 'Fatamorgana' itu,kereta di hadapan kami cepat-cepat memberi signal dan memberhentikan kereta.
Ahh!!Baru aku perasan!Banjir juga kat depan.Aduh..Habis,kami berpatah balik dan singgah di kedai kampung untuk beli air barang sebotol dua.CUKUP
ka?? untuk entah beberapa hari akan datang lagi.Untuk masak,makan..Air-air di kedai semuanya habis di jual.Lori hantar air tak boleh hantar air ke penempatan kami disebabkan banjir.Jadi nak buat macamana?Tak kan nak recycle air basuh ikan kot..Redha.Jimat-jimat aa..

Kami dikelilingi banjir..Menjadi pulau.Jadi esok terpaksa tengok air tasik laa..Alhamdulillah dah sempat tadah air sikit.Tapi dengar-dengar empangan Timah Tasoh nak lepaskan air lagi.. Alamatnya terpaksa berjimat lagi banyak laa..

***sapa ada air lebih..pos sini sket..

Oct 31, 2010

bOla..Bollo..bolE..Tahniah KELANTAN..

Gomo KELaTe Gom00..

Haha..ALhamdulillah.. BErjuta TAHNIAH buat negeri Kelantan atas kemenangan semalam. Kejayaan anda memberi hari bahagia buat rakyat Kelantan.

Seronoknya rakyat Kelantan dapat cuti free hari ni..Orang lain yang bertungkus lumus,orang lain pun dapat habuan.

Rakyat negeri lain yang menumpang kat Kelantan pun,mesti pulun sokong KELANTAN.. Sebab nak cuti free.

NOgori??
Xpa..kalah tak bermakna gagal..bole usaha lagi...sekurangnya KALIAN dah mencuba yang terbaik..LAin kali..n9 mesti boleh!!

Hmm...
BOLA sekarang dah jadi satu hiburan dah kan?Tapi yang sedihnya bila syara` dah tak dijaga.Riadhah dapat pahala tapi bila tergelincir sikit buat dosa,daaahhh..Tak jadi nak dapat pahala.
So,kita sebagai umat islam..Jangan lupa..BOLA,BOLA juga.. dosa pahala jangan letak sebelah.

Seram...Tengok Malam2 LAgi Best..

Baik2..Kat dalam kereta tu..Sekali tengok lepas ne tak boleh tidur da..
Baca doa sebelum tidur..

Pengajaran:-

Banyak fikir positif...
Allah kan adaa....

Oct 30, 2010

I`m Not Afraid to stand Alone

Chorus
I am not afraid to stand alone….
I am not afraid to stand alone….
If Allah's by my side
Everything will be alright
Gonna keep my head up high

I'm not afraid to stand alone
If Allah's by my side
Everything will be alright
Gonna keep my head up high!

Single mother raising her children
And now she's a Muslim
Started praying and wearing a headscarf
Was healing for her heart

Struggling with no one to lean on
But with prayer she would be strong
Had a job but then she was laid off
Got a better education and it paid off

she was called for a job that she dreamed of
Close by, great pay -she was in love
They brought her in, told her she's the number one pick
You got the job, but you gotta lose the outfit"

this is a tough position that you put me in
Cause Ive been struggling with my two children
But I'll continue looking for a job again
My faith in my religion now will never bend

Chorus

I am not afraid to stand alone….
I am not afraid to stand alone….
If Allah's by my side
Everything will be alright
Gonna keep my head up high

I am not afraid to stand alone….
I am not afraid to stand alone….
If Allah's by my side
Everything will be alright
Gonna keep my head up high

I am not afraid to stand alone….
I am not afraid to stand alone….
If Allah's by my side
Everything will be alright
Gonna keep my head up high

Peer pressure, they were insisting
And I was resistin
Some days I felt I would give in
Just wanted to fit in

I know when I’m praying and fasting’
They be teasing and laughing
So I called to my Lord for the power
For the strength every day, every hour...

One day there’s a new Muslim teacher
Single mom and the people respect her
Just seeing her strength I get stronger
They can break my will no longer

You don’t see me sweating when they’re jokes're cracking
Never see me cursin’ with my pants saggin’
I aint running yo I’m still standing
I ride with Allah to the very end

Chorus
I am not afraid to stand alone….
I am not afraid to stand alone….
If Allah's by my side
Everything will be alright
Gonna keep my head up high

now , I’m a tough one, who can bear their blows
The rest play dumb, they don’t dare say no
Scared of being shunned, by the peers they know
But I aint gonna run, I aint scared no more….

these sisters be resolute
Never stressed when the rest say they wasn’t cute
And they get the respect of the other youth
Come best with the dress yo and that’s the truth

These sisters are strong gonna hand it down
So me I’m a brotha gotta stand my ground
I aint gonna shudder, when the gangs around
Peer pressure whatever, its my planet now

Others may fall, I’mma hold my own
With the help of Allah I’ll be strong as stone
And I’mma be brave and let Islam be shown
Cause you I know I not afraid to stand alone

Chorus ...............................................

I am not afraid to stand alone….
I am not afraid to stand alone….
If Allah's by my side
Everything will be alright
Gonna keep my head up high

I am not afraid to stand alone….
I am not afraid to stand alone….
If Allah's by my side
Everything will be alright
Gonna keep my head up high

I am not afraid to stand alone….
If Allah's by my side
Everything will be alright
Gonna keep my head up high

I am not afraid to stand alone….
If Allah's by my side
Everything will be alright
Gonna keep my head up high

Oct 24, 2010

CUTIEy CuTIEY

AKU HANYA HAMBA bercuti sebentar...
Nantikan post baru minggu depan!

Oct 21, 2010

Kini semuanya hilang sekelip mata! DUMM!!..

Aaaarrghhhhhhhhhh.....X boleh nak terima neeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Rasa cam dah tak boleh hidup lagi...............................................................................

MAcamana?
MAcamana?
MAcamana?
MAcamana?
MAcamana?
MAcamana?
MAcamana?

Macamane nee??

YA ALLAH tolong........
MUngkin KAu Boleh BAntu Aku....

ALLAH..
ALLAH..
ALLAH..
ALLAH..
ALLAH..
ALLAH..
ALLAH..
ALLAH..
ALLAH..
ALLAH..

susah nee....aku tak ingat..mungkin ada benda penting..PENTING sangat..

tapi MUNGKIN..
tapi ADA..

ada benda penting yang hilang..

"Ada simpan fail dalam 'C'?"-ayah tanya.
-maksudnya ada simpan dokumen dalam hard disk (C) x?

Sudah tentu..

"Ayah rasa dah tak boleh buka..."
-HABISSSSSSSSSS!!!!!

masalah..masalah..masalah..

habis aku punya dokumen2 dalam HD "C"....

Minggu lepas PC ku rosak.Lalu ayah cuba membaikinya..DAN! Ya INSYA-ALLAH ia akan kembali pulih.Tapi masalahnya.........

TIDAK SEPERTI DULU...

fail2 dalam hard disk "C'' dah hilang..

baru aku ingat,ada fail yang tersangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat PENTING.
Yang mana aku cuba menyiapkannya BERBULAN-BULAN-BULAN-BULAN-BULAN lamanya..(w/pun skrg x siap ag)OOHHH.... kini semuanya hilang sekelip mata! DUMM!!..

Ini semua VIRUS punya pasal...

VIRUS2....

SAHIBAH2 15 ZIKR 'ku....yang ku sayangi..
AKU MOHON KALIAN FAHAM...
CD BACTH kita lambat lagi la nak diposkan yaa....
BUKU BIODATA kita dah hilang...
HILANG..
HILANG..
HILANG..
HILANG..
Jadi,nak kena wat lain bukan perkara yang mudah..lebih sukar dari membina kapal terbang..
Nak kena edit gambar,design buku,taip (beh kurang 50 orang punya biodt),kena FIKIR.FIKIR.FIKIR.FIKIR.FIKIR.FIKIR.FIKIR.Idea dah la tak datang selalu.. ADOOIII.. VIDEO tempahan pun hilang..
Resit jual buku pun hilang..(dah la beratus-ratus buku)tapi mungkin boleh semak resit lama.

Alhamdulillah nyawa tak hilang..

TAPI rasa cam dah tinggal separuh ja nyawa nee....

Tu la terlampau bergantung sepenuhnya dengan MR.KOMPUTER mu itu..

Tapi tak pa lah..

Mungkin kifarah untuk dosa-dosa yang ku lakukan..
YA ALLAH...Ampunkanlah dosa-dosaku yang lalu .Seandainya ujian ini menjadi denda untuk dosaku..AKU REDHA..
AKU REDHA..
Dan
AKU CUBA UNTUK REDHA...dan terus REDHA dgnMu.

Oooo Rabb.. I NEED U!

Di Tangguhkan...

Sekadar Pemberitahuan..
Peperiksaan ku ditangguhkan sehingga hari Isnin ini.
Peperiksaan dan ujian pertama ku sejak memasuki alam tingkatan enam pada hujung bulan ini terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab yang tak dapat dielak.Hal ini menyebabkan rasa suka menjelma di hati rakan seangkatanku..
Menghadapi peperiksaan ini bukanlah mudah.Pertama kali semua kertas dalam BAHASA ARAB.
Wouch!

-:STAM+SHAHADAH:-

doa2 la..

Oct 19, 2010

Oct 18, 2010

PUISI BUAT KTD..

LAGU JIWA
MATRI-KTD (15zikr)

Angin yang melambai itu,
Menyelak album memoirku pada KTD,
Kerana di sana ada warganya yang ku rindui.

Awan yang berarak di angkasa,
Selalu membuat rasa cemburuku tumbuh di jiwa,
Dia percuma saja ke sini sana,
Sedangkan aku?
Hanya mampu bercita-cita,
Awan itu,
Pasti sudah berkali-kali menjenguk KTD.
Sedangkan aku?
Hanya menyelusurinya melalui mimpi.
Awan itu,
Andai kau jengah lagi di wajah KTD,
Sampaikan salamku buat penghuninya yang kucintai.

Sore tadi,
Kicauan burung riang membisik.
Aku mengerti,dia turut simpati,
Menyarankan aku,
Melagukan puisi,
Buat warga KTD,
Yang ku rindui di hati..

by:ifhan wafa`,
SEMARAK RESORT,
3 OKT 2010
15:21:__

INSHA-ALLAH/MAHER ZAIN(terjemahan melayu)

LIRIK NASYID INSHA-ALLAH(Terjemahan)

Oleh: MAHER ZAIN

Setiap masa kau merasa kau tak mampu meneruskan hidup,

Kau merasa kehilangan,

Kau begitu keseorangan,

Setiap yang kau lihat adalah gelita malam,

Dan kegelapan itu menyelubungi,

Kau berasa begitu hilang pergantungan,

Kau kabur mana jalan yang harus dituju,

Janganlah hilang asa dan jgn sekali2 putus harapan,

Kerna ALLAH sentiasa di sisimu..

INSYA-ALLAH

INSYA-ALLAH kau kan temui halamu,

Setiap masa kau ingin laksanakan satu lagi kesilapan,

Kau terfikir kau tidak akan diampuni,

Dan jalanmu sudah terlambat,

Kau begitu keliru,telah kau cipta satu desisi(keputusan) salah,

Yang mana telah menghantui mindamu dan jiwamu terasa begitu malu.

Janganlah merasa kehilangan dan jgn sekali2 putus harapan,

Kerna ALLAH sentiasa di sisimu..

INSYA-ALLAH

INSYA-ALLAH kau kan temui halamu,

INSYA-ALLAH

INSYA-ALLAH kau kan temui halamu,

Pulanglah pada ALLAH..

DIA tidak pernah menjauh darimu,

Pahatkan kepercayaanmu pada-NYA,

Tadah telapak tangan dan berdoalah,

Oo Ya Allah,

“Suluhlah langkahku dan janganlah biarkan aku melencong,

Hanya ENGKAU yang bias tunjuki aku jalan itu,

Tunjukkan aku jalan..

Tunjukkan aku jalan.."

INSYA-ALLAH

INSYA-ALLAH kita kan temui jalan ITU..

Terjemahan oleh:IFHAN wAFA`

hebatnya lirik ini,boleh melenturkan jiwa yang pernah sarat dengan dosa.Kisah Benar,PERLIS.

lepas ne wat lagu THANK YOU ALLAH pulak..lagi menyentuh hati..i.A

Oct 15, 2010

Pertempuran Makin Menghampiri..

sebenarnya nak lukis perempuan..tapi..yang ne yang terbentuk..

EXAMku 22 OKTOBER 2010

Marhalah Khassah(1) -الأولى..

Tak terbayang macamana la exam kali ne.. semua dalam bahasa arab.. STAM+SHAHADAH matri..

wahai pembaca sekalian..doakanla diriku disusuli pertolongan ALLAH..

Ana sa uqabil imtihani mustaqbal.kullu fil lughatil arabiyah..ma adri li jawabil as`ilatahu...
Arju bi nasrillah!!

Walakin,insyaAllah fi hazal imtihan,ana sa `skip` my examination because of ana sa arsilu ummi wa abi ila KLIA/Kelana JAya li tazhabani ila MAKKAh..insyaALLAH>>

Izan,ana sa a`khuzu imtihani muta`akhkhir..

....
hehe..
bahasa pasembor..
xpa..bermanfaat..
latihan..practise..umarrisu..

Sep 19, 2010

SEMUA Sahabat Kafir Kecuali Beberapa Orang..

kubur pembunuh(fairuz luk luk) S.Umar R.A diziarahi dan tarikh pembunuhannya diperingati untuk dirayakan.

Mengapa kita ahlus Sunnah waljamaah menerima sahabat?Kerana merekalah generasi awal islam.Merekalah yang memperjuangkan dakwah Islam dan berkorban untuknya.Merekalah pembantu-pembantu Nabi S.A.w.Malah telah pun ditarbiah secara langsung dari baginda S.A.W.Tanpa mereka islam tidak akn tersebar ke seluruh penjuru alam.Islam yang kita anuti diterima dari mereka.Al-Quran dan Sunnah yang menjadi sumber rujukan tertinggi islam juga diterima melalui jalur mereka.

Ada di antara mereka adalah penghafaz Al-Quran,ahli tafsir,pencatat wahyu,mengutip sabda Rasulullah samada melalui tulisan ataupun hafalan.Oleh itu,menolak sahabat bermakna menolak Al-Quran dan Al-Sunnah,bahkan sebenarnya menolak islam itu sendiri.

Secara tersiratnya mendakwa semua para sahabat kafir,sama seperti mendakwa bahawa NAbi Muhammad adalah seorang yang gagal .Gagal mendidik para sahabatnya.Dan lebih parah lagi,terselit di sebalik dakwaan yang tersirat ini,dakwaan kegagalan Allah sendiri kerana melantik Nabi yang lemah dalam menjalankan tanggungjawabnya membina generasi Al-Quran.

Sebab itulah terselit di dalam sebahagian kitab-kitab Syiah yang mengatakan bahawa Al-Quran yang beredar di tangan kaum muslimin sekarang telah diselewengkan(tahrif).Para sahabat Rasulullah s.a.w telah mereka tuduh sebagai melakukan penipuan , penyembunyian dan penyelewengan isi Al-Quran yang sebenar.Didakwa oleh golongan ini bahawa Al-Quran sebenar berada di tangan almahdi mereka.Ia akan dibawa semasa almahdi mereka bangkit.Malah didakwa juga bahawa Al-Quran berkenaan tiga kali ganda lebih besar dari Al-quran yang ada sekarang.

Berikut ini antara dakwaan dari kitab hadith mereka mengenai berlaku penyelewengan AL-Quran :

"Dari Abu BAshir dari Abdillah berkata:'sungguh kami mempunyai sebuah mushaf yang namanya mushaf Fatimah.Tahukah anda apa mushaf Fatimah itu?Dia berkata:Mushaf Fatimah adalah seperti tiga kali Al-QUran kamu sekalian,demi Allah tidak ada didalamnya satu hurufpun yang tertulis dalam Al-Quranmu(sunni)".

SEMUA Sahabat Kafir Kecuali Beberapa Orang sahaja??

Mungkin anda pernah bertanya sendiri kepada penganut Syiah Imamiah,mereka menafikannya.Mereka mengatakan bahawa mereka tidak mengkafirkan para sahabat.NAh!Di sinilah senjata taqiyah mereka gunakan dalam upaya memikat hati kaum muslimin.Bagi mereka taqiyah merupakan fadhilat yang besar,bahkan ia merupakan asas dalam agama mereka.mengapa mereka bertaqiyah dalam hal ini.Kerana mereka tahu umat Islam mana yang tidak marah jika para sahabat nabinya di kafirkan.

Ada yang berkata,Syiah yang mencaci dan mengkafirkan para sahabat adalah syiah pada zaman dahulu.Syiah sekarang terutamanya syiah imamiah tidak begitu.

Ini kita jawab,sangkaan di atas adalah silap,Syiah Imamiyah sehingga hari ini masih lagi berpegang kepada iktikad mengkafirkan para sahabat rasulullah s.a.w.Ia dapat dibuktikan melalui karya tokoh-tokoh semasa mereka.Antaranya ialah Khomeini:
"Mereka(para sahabat) tidak bersama Nabi melainkan untuk tujuan dunia bukan kerana agama dan menyebarkannya."

"Abu Bakar dan Umar telah banyak menyalahi hukum-hukum ALlah yang terang.

Mereka berdua telah mempermainkan-mainkan hukum-hakam Tuhan.Mereka telah menghalalkan dan mengharamkan mengikut suka hati mereka sendiri.Mereka berdua telah melakukan kezaliman kea tas saidatina Fatimah dan anak cucunya.

Perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Umar AlKhattab itu adalah bersumberkan kekafiran dan kesesatan yang bertentangan dengan ayat-ayat Allah yang termaktub di dalam Al-Quranul Karim.. "

Berapa orang sahabat yang beriman?

"Abu Jaafar a.s:"Semua manusia adalah ahli riddah(tlh murtad) selepas nabi s.a.w kecuali 3 orang.
  1. Al-Miqdad bin Aswad
  2. Abu Dzar Al-Ghifari
  3. Salman Al-Farisi
Ali r.a: semua orang murtad sepeninggalan Rasulullah kecuali empat orang:
  1. As-Saqifah
  2. Sulaim bin Qais
  3. Al-Anwar An-nu`maniyah
  4. Al-Jaza`iri.
Khulafa` ur Rashidin Juga KAfir?

Mengapa para sahabat di kafirkan?Kerana mereka dianggap merampas hak Ali r.a sebagai khalifah.Abu BAkr,Umar,Uthman telah merampas hak berkenaan.Manakala yang lain-lain dianggap kafir kerana menganggap bahawa kekhalifahan 3 khalifah itu adalah sah.

Cacian terhadap khalifah yang 3 itu:

'Doa Dua Berhala Quraish':

" Ya Allah,laknatlah olehmu dua berhala quraish dan dua thagut,dua pendusta,dua anak perempuannya(Aisyah dan Hafshah) yang mana mereka berdua menyalahi perintah engkau,mengingkari wahyu engkau,mengingkari nikmat engkau dan menderhakai terhadap wahyu engkau dan mengubah agama engkau dan menyelewengkan al-quran dan menyintai seteru engkau dan mengingkari nikmat batin engkau dan mengagalkan perkara perkara fardhu engkau dan melanggar ayat-ayat engkau dan memusuhi wali-wali engkau dan melantik musuh engkau dan memerangi negara engkau dan merosakkan hamba-hamba engkau .Ya ALlah laknatlah mereka berdua dan pengikut-pengikut mereka,wali-wali,penyokong-penyokong dan kekasih-kekasih mereka.Maka sesungguhnya mereka telah meruntuhkan institusi kenabian"

kaum syiah menganggap doa ini sgt penting.Sehingga siapa membacanya sekali akan ditulis 70,000 kebaikan,dihapus 70.000 keburukan dan mengangkat 70,000 derjat serta memenuhi puluhan ribu keperluannya.

Sumber:Majalah I/Mac 2007

Sep 18, 2010

Selamat..

Alhamdulillah...
Jenazah Ustaz Dahlan selamat dikebumikan..Ramai yang datang sehingga segelintir pelajar MATRI yang datang dari jauh terpaksa mengorbankan cuti mereka sehari lebih awal.Doakan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.Ustaz mengiringi isterinya,Ummi Halimaton,Setahun 5 bulan kemudian.Semoga cinta mereka tercantum semula di SANA sepertimana ADAM & HAWA bertemu di dunia.AAMIN.

InnaLillah..Dato` Telah Dipanggil.

Dato` Dahlan Mohamad Zain ketika muda.Graduasi Uni.Baghdad.
Semoga keluarga beliau tabah menghadapinya.
Dato` yang banyak berjasa pada dunia dan islam.
Innalillah..Pagi tadi,jam 10 pagi,Seluruh semesta digemparkan dengan sebuah berita sedih:-Ustaz yang kita kasihi,Merangkap Dato` Kaya Bakti,Ust.Dahlan Mohamad Zain baru sahaja meninggal dunia di Hospital Kangar.Dan kini telah dibawa pulang ke rumahnya di mata ayer,perlis.InsyaAllah akan dimandikan pada jam 330 petang ini dan disolatkan selepas asar di SURAU MATRI,tunjong,beseri,perlis. Dan insyaAllah akan dikebumikan di Perkuburan Kg Tunjong.Marilah kita sama-sama doakan rohnya dicucuri rahmat Allah.
Hadiahkan ALFATIHAH untuk beliau.
Kafaa Bil MAuti Zikraa..Cukuplah mati itu sebagai satu peringatan.

Berita Ust DAHLAn..

Ust Dahlan Bin Mohd Zain.Mudir Maahad Attarbiyah Al-Islamiyah(MATRI).

KANGAR-Ustaz tidak lalu makan sejak dua menjak ini.Berita terbaru yang diterima awal pagi tadi,keadaan ust Dahlan semakin nazak.Hajat doa dari semua.Sama-sama bacakan yasin dan doa untuk beliau.

M.Rajoli Meninggal Dunia

Pelakon veteran M Rajoli dah meninggal dunia. Boleh rujuk berita pada Berita Harian Online ni. Daripada-Nya kita datang, dan kepada-Nya kita kembali. Semoga allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang soleh..
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, M Rajoli, 64, meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, jam 10.45 malam ini akibat sesak nafas selepas terlantar sakit lebih setahun lalu.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Keramat, sebelum Zohor esok.

Sep 17, 2010

Mahkota Yang Keciciran

Ya Allah..

Dup!Hari ini aku baru sedar semula dari tidur yang panjang.Aku telah lama lena.Kini kau memanggilku semula untuk berjuang..Bagaimana?Aku rasa seolah tak mampu.Lelah untuk mengangkat senjata lagi.Penat dengan peperangan nafsu berehat.Namun, aku lagi tak mampu untuk menolaknya.Kerana aku hanya manusia.Yang tak dapat meramal sedikit pun suatu saat akan datang.Jika aku melepaskan masuliah[1] ini,mana tahu mungkin ianya pintu pegislahan bagi hatiku yang telah disaluti nikmat kerehatan ini..

!@#$%^&.....

Satu getaran dari satu lubang menyimpan barang di sebelah kananku.Di dalam kereta Avanza 1.3 bewarna kuning cair itu aku sedang memandu.Getaran itu diiringi bunyi irama muzik yang tidak terlampau mengganggu jiwa.Dan sedikit relaks mendengarnya.Aku meraba lubang itu dan menggenggam telefon bimbitku.Menariknya keluar dengan tangan kanan sambil tangan kiri memegang stereng.Sempat ku melirikkan kedua bola mataku ke skrin telefon bimbit itu.Tertera sebaris nama seseorang.Yang hanya aku akan berhubung dengannya bersebab,ada hal atau terdesak.Tak mungkin saja-saja atau sekadar bertanya khabar,apatah lagi berbual kosong atau bergelak ketawa.Ini bermakna panggilan itu PENTING dan bukan sekadar menghabiskan kredit atau meluahkan rindu.Aku perlu jawab.TAPI… Pesan ibu yang berada di kejauhan terngiang-ngiang.

“Kalau kakak sedang memandu jangan menjawab `fon` tu lagi.Berhenti di sebelah jalan atau telefon dia lain kali.”Disebabkan aku masih lagi memegang lessen kereta standard `P`(percubaaan) dan baru 6 bulan ‘mengemudi’ kereta dan untuk mengelak kecelakaan jalan raya ibuku memesan begitu kepadaku supaya jangan berlagak di jalan raya.Supaya aku sedar bahawa aku baru di arena ‘PERCUBAAN’ memandu di jalan raya.

Aku tak membantah.Lalu aku segera memberi signal ke kiri.3-4 saat kemudian,aku mengilas streng kereta ke kiri .Kereta yang ku pandu semakin perlahan. Tangankumenyentuh gear di sebelah kiri serentak kaki kiriku menekan pedal klucth sampai habis.Lalu,dengan pantas aku menggerakkan gear ke kiri dan menariknya ke bawah .Kenderaanku berada dalam kelajuan 15-20 km/jam.Semakin perlahan. Aku menekan punat hijau di talifon tanda menjawab panggilan PENTING tadi.Dan terus ku berhentikan kereta.

“Assalamualaikum.”Aku memulakan.

“Ya.Waalmkmslm……………….

……………………………

……………

……………………..jadi,anti setuju la ni?”Di pengakhiran perbualan kami yang ringkas itu ,si pemanggil mengajukan soalan sebagai kesimpulan dan penutup untuk perbualan kami.Untuk kepastian sekali lagi atas apa yang kami bincangkan tadi.

“Ya.InsyaAllah.” Semoga Allah membantuku untuk memikul tanggungjawab ini.Tambahku dalam hati.

Aku jadi tersandar ke tempat dudukku.Kepalaku terhentak sedikit ke belakang.

RoBBI..

Ungkapan yang ringkas.Di dengar tak bermakna bagi siapa yang tak mengenaliNYA.Namun sangat tenang,lega,seolah diberi kekuatan,nyaman,Maha Besarnya,bersyukur dan pelbagai rempah ratus rasa yang tak dapat diukir dengan kata-kaat bila kita benar2 membawa DIA hidup bersama dalam kehidupan kita.

‘Kem Komandan.Boleh kah aku mengurus dengan baik tanggungjawab yang berat itu.Rasanya memikul guni 30kilogram sebelah bahu lebih ringan berbanding tanggungjawab ini.Tunggak penting dalam kelancaran dan ketertarikan sebuah kem.’Hatiku bergumam sendiri.Otakku mula ligat membayangkan saat aku akan menjadi kem komandan.Yang lebih lelah untuk dilaksanakan adalah IKHLAS.Di mana akan ku temui buah mutiara itu kalau aku tidak meredhainya dari sekarang.Dan bersedia untuk susah dan senang ruh dan akal.Tiang ikhlas itu mudah tumbang kalau ikhlas itu tidak begitu kukuh.Apabila badai ujian melanda di situlah kerapuhan ikhlas akan terlerai dan datang yang lain iaitu putus asa,dendam, tidak redha dengan kehendak Allah,rosak hubungan dengan manusia,dan pelbagai masalah mulai nampak terlampau besar seolah lebih besar dari dunia dan seisinya.Sebab itu pentingnya Ikhlas.Lagi pula,ikhlas itu sendiri adalah melakukan sesuatu HANYASANYA KERANA ALLAH.

Jika tunggak itu rapuh,maka bagaimana dengan sampingan yang lain?

****************

Aku duduk di sofa.Bersantai.Mata memandang ke televisyen tanpa keinginan.Filem komedi yang sedang ditayangkan seolah tidak lawak langsung bagiku dan sekadar hendak mengejek aku dengan masalah yang menimpa.Hatiku yang kebingungan tidak dapat diubati dengan gelak tawa mereka.

Pagi tadi,aku mendapat keputusan ujian matapelajaran `Syarah Ibnu `Aqil’ iaitu subjek Nahwu(nahu) dari Ustaz Marwan.Aku rasa tak berguna dan seolah kesia-siaan yang teramat.Rugi menghabiskan masa berjam-jam melatih tubi tata Bahasa Arab itu.Membazir ketelaahan aku berjam-jam di maktabah untuk mempelajari lebih untuk subjek yang paling susah itu.Buang masa aku memberi tumpuan lebih untuk keputusan yang tak berguna itu.Walaupun aku belum gagal tapi markah yang terlampau sedikit dan lagi selangkah akan jatuh ke tanah ‘Rosib’[2] itu betul-betul memalukan aku.Aku malu dengan semua warga KTD[3].Aku merasai bahawa malu aku dengan manusia lebih berbanding malu kepada Penentu markah itu sendiri.

· Kalau kita ikhlas akan memudahkan lagi kita mencapai kejayaan.

· Dengan ikhlas juga kita akan redha dengan apa sahaja natijah yang Allah akan hadiahkan kepada kita.

Buku nota kulit keras di atas meja terus aku capai.Mencari kekuatan.Kerana di situ terhimpun seribu satu madah murabbi[4]-murabbiku tercinta.Aku menyelak helaian yang tercatat pada 23 Mei 2009 itu. Aku mencatit nota dari penyampaian Profesor tercinta kami itu.Profesor Dr. Omar Hj Salleh menghuraikan dengan panjang lebar tentang ikhlas pada hari itu.Nota itu aku catit ketika mendengar sebuah penyampaian Ijtima`[5]Umum pada hari Sabtu. Sememangnya setiap hari Sabtu,KTD akan mengadakan program ijtima` di dewan utama KTD.Sebaris dua kata yang terakam di helaian kertas itu membuatku sedikit tersentak.

’Kejayaan’

Aku begitu terpancing dengan kalimah itu.Kerana kalimah itu yang aku kejar,tapi tak dapat.Ha ha.Ketawalah pada diri sendiri.Aku baca setiap bait kata yang mengiringi kalimah itu.Aku tersentak.

‘IKHLAS.’

Satu perkataan elihatan berbinar di mindaku.

Aku sudah berusaha habis-habisan untuk mencapai target tertinggi untuk subjek yang paling digemari orang untuk dibenci itu.Namun natijahnya seperti tidak disangka.Tak berbaloi langsung dengan pengorbanan yang aku taburkan.

‘Mungkin aku terlupa untuk meletakkan rempah ikhlas dalam resipi kejayaanku.Patutlah aku terlampau tertekan bila tak dapat apa yang dihajati.’ “Dengan ikhlas juga kita akan redha dengan apa sahaja natijah yang Allah akan hadiahkan kepada kita.” Tulisan catatan penyampaian Prof Omar berlintas-lintas di fikiranku.

‘Ya Allah,aku lupa meletakkan Engkau dalam perjuanganku.Aku bersusah payah mendapatkan sesuatu yang dihajati berselit tujuan untuk memperhambakan diri pada nafsu dan manusia yang lemah sepertiku.Sehingga keciciran ikhlas pada MU.’

“Saibah,saya nampak awak ‘frust’ sangat ni.Awak tertekan dengan markah subjek Nahwu tadi kah?” Aqilah memegang pundakku.Soalan yang diajukan terus berlalu begitu sahaja tanpa jawapan.Tanpa disuruh,dia menarik sebuah kerusi yang berada di sebelah meja belajarku di dalam bilik kami berdua.

Aku cuba tersenyum pada Aqilah.Berlakon seolah tidak ada apa-apa.

“Palsunya senyuman tu.”Aqilah melontar kata.Kali ini aku tersenyum betul.Katanya tadi seolah –olah meluahkan yang aku sedang berbohong.Bukan membohonginya.Tapi diri sendiri.Aku tersenyum ikhlas.Memberi maksud meminta maaf padanya kerana cuba berbohong.

“Ibah,awak tak redha dengan apa yang Allah tetapkan ka?”Sekali lagi aku tersentak.

Ya Allah.Aku malu.Aku malu denganMu.Aku malu mengungkap cinta padaMu selama ini tapi bila ujian dariMu itu hadir menjengah.Aku terus lupa dengan kasih sayangMu.Jika tadi aku malu dengan manusia dan cuba untuk tidak keluar dari rumah.Tapi sekarang aku malu dengan Allah.Jadi di mana seharusnya aku menyorok .Auch!Jiwaku tersipu pada penciptaNya sendiri.

“Tak mengapalah Ibah.Allah letakkan natijah awak macam tu mungkin ada hikmahnya.Dia nak kita lebih dekatNya.” Aqilah mesra menggunakan ganti nama diri ‘kita’.Itu nampak lebih merendah diri.

Aku teringat dengan nasihatnya yang lalu.

“ Kadang-kadang kita rasa kita sudah meletakkan usaha kita di peringkat maksima untuk melakukan sesuatu amal.Tapi kita lupa iringi satu perkara yang teramat penting.Lebih dari usaha kita yang menggunung itu.”Dia diam sebentar dan memandang aku.

“IKHLAS dan seterusnya REDHA dengan apa sahaja kehendak Allah.”

Hatiku terus bergumam.

’Bagaimana?’

Seolah-olah dia mendengar gumaman itu.

“Lakukan apa sahaja kerana Allah.Hanya Allah.Hatta dalam urusan mengesat peluh pun”

Fuh!Bola mataku terbeliak.Tapi sekadar dalam hati.Ego sedikit menyelubungi.Dia lalu menyambung lagi.Mungkin terperasan yang aku masih belum faham sepenuhnya.

“Bila sudah diniatkan kerana Allah,segala anggota badan dari sebesar-besar bahagian sehingga sel-sel terkecil akan bersedia memprogramkan sistem dalam jiwa mereka supaya redha.Kerana mereka milik Allah.Dan sangat patuh pada Allah.Tahukah?Betapa menderitanya zahir dan batin mereka bila manusia meminjam mereka dari Allah dan terus sahaja melupakan Allah dalam urusan penggunaan mereka?” Sekali lagi.Seperti seorang pemain bola sepak terkenal menendang bola sekuat hati masuk ke gawang gol.Betul-betul tepat tertusuk di jiwaku.Tersentuh.

Sebab itu, hadis pertama dari hadis 40 ialah “Innamal A`maalu binniat”[6].Bila niat jelas.Dengan sepenuh keikhlasan.Nah!Terlahirlah sebuah natijah yang amat cantik.walaupun disorong dengan sejuta kesulitan sekalupun.

“dan Dengan ikhlas juga kita akan redha dengan apa sahaja natijah yang Allah akan hadiahkan kepada kita.”

Tulisan dari buku catatan kulit keras itu sekali melintasi benakku.Sama seperti yang diungkapkan oleh sahabatku Aqilah.

Dan sahabatku itu membawa satu hadis sebagai penutup.Untuk melihatku tidak bermuram durja lagi.Sekaligus redha dan bersedia untuk ikhlas dalam setiap amal.Dia tersenyum.Aku melihat senyumannya sarat keikhlasan.Dan mungkin KERANA ALLAH.Jadi dia tidak akan kecewa jika aku membalas senyumannya dengan jelingan.Kerana dia ikhlas.Dan dia akan redha dengan apa yang ditentukan oleh Allah untuknya.Bibirnya cuba bergumam lagi.

“`Ajaba li kulli amril mukminin……aaaa”Bibirnya masih tak lekang dengan senyuman.Aku menanti dengan sabar matan hadis yang akan di lontarkannya itu.Dia tertunduk kemudian memanggung wajahnya semula.Memandangku.

“Maaf,saya tak ingat matan arabnya.Tapi mafhumnya begini.Rasulullah yang cakap tau ….

“Aku takjub terhadap orang mukmin.Setiap urusannya baik.Bila dia mendapat nikmat ,dia akan memuji Allah.Dan itu adalah baik baginya.Apabila dia mendapat musibah,dia akan bersabar.Dan itu baik baginya.Tidak setiap orang urusannya adalah kebaikan.Kecuali mukmin!”

-Riwayat Ad-Dharimi dan Ahmad

Ayat hadis itu telah aku salin cantik-cantik dan melekatkannya di dinding kamarku.Hadis yang membawa maksud natijah dari IKHLAS dan REDHA kepada Allah.Ajaibnya!

************

Selesai membayar semua jumlah bayaran makanan yang dipesan tadi,aku pun mula melangkahkan kaki menuju kereta Avanza tercintaku.Memandu menghala ke rumah nenekku yang berada di Kampung Genting,Tasek Gelugor.Aku membawa hatiku yang gemersik rindu padanya ini dengan penuh kesabaran.Rindu sangat untuk berjumpa dengannya.Berbekal semangat untuk IKHLAS dan REDHA dalam setiap amal.Persediaan dari sekarang!Walaupun untuk 3 bulan akan datang.Aku tak akan kecundangkan pahala amalku sebgai kem komandan kali ini dengan keterciciran IKHLAS.Aku berusaha keras un tuk ikhlas.Kemudian bersedia secara teori dan praktik sebagai kem komandan.Semoga Allah mengiringi setiap hambanya yang mengharap DIA dalam setiap amalnya.Aamin

*Aku[7]

[1] Tanggungjawab

[2]Peringkat gagal dalam sistem pembelajaran di KTD.

[3] Kolej Tarbiyah Islamiyah dan Ulum Ad-Deeniyah.KTD.Sebuah kolej yang mementingkan keperibadian unggul secara professional,menerapkan nilai islam yang syumul dan khusus untuk pelajaran deeniyah.

[4] Pendidik atau kata lain bagi guru,pensyarah atau tenaga pengajar dan pendidik.Tetapi murabbi lebih tinggi.

[5] Perhimpunan.Program khas untuk ceramah-ceramah,tayangan atau penyampaian oleh pensyarah-pensyarah di KTD.

[6] Sesungguhnya setiap amal perlu bermula dengan niat.

[7] Watak ‘AKU’ diatas adalah rekaan penulis semata-semata.’AKU’ mungkin hidup atau mungkin tak wujud.

*Cerita ini adalah rekaan semata-mata.

*Sebarang komen atau cadangan sebagai penambah baikan cerpen ini amatlah di alukan,

*Hantar komen ke - iffahhannafikri92@yahoo.com - atau komen sahaja di bawah.

* Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dec 4, 2010

Cara Lipat Baju Dengan Cepat

jom..senang ja nak aplikasi benda ne...JIMAT MASA!!

Nov 12, 2010

Boleh Buat??

bole wat ceni setiap pagi??

Macam mana nak dapatkan RM1000 dalam satu hari?

gambar hiasan

CARA-cara:

USAHA KERAS!
Kalau asyik nak goyang kaki ja..Camana nak dapat.

"Bukan LANGIT ILAHI..Bukan LAUTAN RABBANI..HANYA HAMBA Rahmani.."