Sep 19, 2010

SEMUA Sahabat Kafir Kecuali Beberapa Orang..

kubur pembunuh(fairuz luk luk) S.Umar R.A diziarahi dan tarikh pembunuhannya diperingati untuk dirayakan.

Mengapa kita ahlus Sunnah waljamaah menerima sahabat?Kerana merekalah generasi awal islam.Merekalah yang memperjuangkan dakwah Islam dan berkorban untuknya.Merekalah pembantu-pembantu Nabi S.A.w.Malah telah pun ditarbiah secara langsung dari baginda S.A.W.Tanpa mereka islam tidak akn tersebar ke seluruh penjuru alam.Islam yang kita anuti diterima dari mereka.Al-Quran dan Sunnah yang menjadi sumber rujukan tertinggi islam juga diterima melalui jalur mereka.

Ada di antara mereka adalah penghafaz Al-Quran,ahli tafsir,pencatat wahyu,mengutip sabda Rasulullah samada melalui tulisan ataupun hafalan.Oleh itu,menolak sahabat bermakna menolak Al-Quran dan Al-Sunnah,bahkan sebenarnya menolak islam itu sendiri.

Secara tersiratnya mendakwa semua para sahabat kafir,sama seperti mendakwa bahawa NAbi Muhammad adalah seorang yang gagal .Gagal mendidik para sahabatnya.Dan lebih parah lagi,terselit di sebalik dakwaan yang tersirat ini,dakwaan kegagalan Allah sendiri kerana melantik Nabi yang lemah dalam menjalankan tanggungjawabnya membina generasi Al-Quran.

Sebab itulah terselit di dalam sebahagian kitab-kitab Syiah yang mengatakan bahawa Al-Quran yang beredar di tangan kaum muslimin sekarang telah diselewengkan(tahrif).Para sahabat Rasulullah s.a.w telah mereka tuduh sebagai melakukan penipuan , penyembunyian dan penyelewengan isi Al-Quran yang sebenar.Didakwa oleh golongan ini bahawa Al-Quran sebenar berada di tangan almahdi mereka.Ia akan dibawa semasa almahdi mereka bangkit.Malah didakwa juga bahawa Al-Quran berkenaan tiga kali ganda lebih besar dari Al-quran yang ada sekarang.

Berikut ini antara dakwaan dari kitab hadith mereka mengenai berlaku penyelewengan AL-Quran :

"Dari Abu BAshir dari Abdillah berkata:'sungguh kami mempunyai sebuah mushaf yang namanya mushaf Fatimah.Tahukah anda apa mushaf Fatimah itu?Dia berkata:Mushaf Fatimah adalah seperti tiga kali Al-QUran kamu sekalian,demi Allah tidak ada didalamnya satu hurufpun yang tertulis dalam Al-Quranmu(sunni)".

SEMUA Sahabat Kafir Kecuali Beberapa Orang sahaja??

Mungkin anda pernah bertanya sendiri kepada penganut Syiah Imamiah,mereka menafikannya.Mereka mengatakan bahawa mereka tidak mengkafirkan para sahabat.NAh!Di sinilah senjata taqiyah mereka gunakan dalam upaya memikat hati kaum muslimin.Bagi mereka taqiyah merupakan fadhilat yang besar,bahkan ia merupakan asas dalam agama mereka.mengapa mereka bertaqiyah dalam hal ini.Kerana mereka tahu umat Islam mana yang tidak marah jika para sahabat nabinya di kafirkan.

Ada yang berkata,Syiah yang mencaci dan mengkafirkan para sahabat adalah syiah pada zaman dahulu.Syiah sekarang terutamanya syiah imamiah tidak begitu.

Ini kita jawab,sangkaan di atas adalah silap,Syiah Imamiyah sehingga hari ini masih lagi berpegang kepada iktikad mengkafirkan para sahabat rasulullah s.a.w.Ia dapat dibuktikan melalui karya tokoh-tokoh semasa mereka.Antaranya ialah Khomeini:
"Mereka(para sahabat) tidak bersama Nabi melainkan untuk tujuan dunia bukan kerana agama dan menyebarkannya."

"Abu Bakar dan Umar telah banyak menyalahi hukum-hukum ALlah yang terang.

Mereka berdua telah mempermainkan-mainkan hukum-hakam Tuhan.Mereka telah menghalalkan dan mengharamkan mengikut suka hati mereka sendiri.Mereka berdua telah melakukan kezaliman kea tas saidatina Fatimah dan anak cucunya.

Perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Umar AlKhattab itu adalah bersumberkan kekafiran dan kesesatan yang bertentangan dengan ayat-ayat Allah yang termaktub di dalam Al-Quranul Karim.. "

Berapa orang sahabat yang beriman?

"Abu Jaafar a.s:"Semua manusia adalah ahli riddah(tlh murtad) selepas nabi s.a.w kecuali 3 orang.
  1. Al-Miqdad bin Aswad
  2. Abu Dzar Al-Ghifari
  3. Salman Al-Farisi
Ali r.a: semua orang murtad sepeninggalan Rasulullah kecuali empat orang:
  1. As-Saqifah
  2. Sulaim bin Qais
  3. Al-Anwar An-nu`maniyah
  4. Al-Jaza`iri.
Khulafa` ur Rashidin Juga KAfir?

Mengapa para sahabat di kafirkan?Kerana mereka dianggap merampas hak Ali r.a sebagai khalifah.Abu BAkr,Umar,Uthman telah merampas hak berkenaan.Manakala yang lain-lain dianggap kafir kerana menganggap bahawa kekhalifahan 3 khalifah itu adalah sah.

Cacian terhadap khalifah yang 3 itu:

'Doa Dua Berhala Quraish':

" Ya Allah,laknatlah olehmu dua berhala quraish dan dua thagut,dua pendusta,dua anak perempuannya(Aisyah dan Hafshah) yang mana mereka berdua menyalahi perintah engkau,mengingkari wahyu engkau,mengingkari nikmat engkau dan menderhakai terhadap wahyu engkau dan mengubah agama engkau dan menyelewengkan al-quran dan menyintai seteru engkau dan mengingkari nikmat batin engkau dan mengagalkan perkara perkara fardhu engkau dan melanggar ayat-ayat engkau dan memusuhi wali-wali engkau dan melantik musuh engkau dan memerangi negara engkau dan merosakkan hamba-hamba engkau .Ya ALlah laknatlah mereka berdua dan pengikut-pengikut mereka,wali-wali,penyokong-penyokong dan kekasih-kekasih mereka.Maka sesungguhnya mereka telah meruntuhkan institusi kenabian"

kaum syiah menganggap doa ini sgt penting.Sehingga siapa membacanya sekali akan ditulis 70,000 kebaikan,dihapus 70.000 keburukan dan mengangkat 70,000 derjat serta memenuhi puluhan ribu keperluannya.

Sumber:Majalah I/Mac 2007

Sep 18, 2010

Selamat..

Alhamdulillah...
Jenazah Ustaz Dahlan selamat dikebumikan..Ramai yang datang sehingga segelintir pelajar MATRI yang datang dari jauh terpaksa mengorbankan cuti mereka sehari lebih awal.Doakan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.Ustaz mengiringi isterinya,Ummi Halimaton,Setahun 5 bulan kemudian.Semoga cinta mereka tercantum semula di SANA sepertimana ADAM & HAWA bertemu di dunia.AAMIN.

InnaLillah..Dato` Telah Dipanggil.

Dato` Dahlan Mohamad Zain ketika muda.Graduasi Uni.Baghdad.
Semoga keluarga beliau tabah menghadapinya.
Dato` yang banyak berjasa pada dunia dan islam.
Innalillah..Pagi tadi,jam 10 pagi,Seluruh semesta digemparkan dengan sebuah berita sedih:-Ustaz yang kita kasihi,Merangkap Dato` Kaya Bakti,Ust.Dahlan Mohamad Zain baru sahaja meninggal dunia di Hospital Kangar.Dan kini telah dibawa pulang ke rumahnya di mata ayer,perlis.InsyaAllah akan dimandikan pada jam 330 petang ini dan disolatkan selepas asar di SURAU MATRI,tunjong,beseri,perlis. Dan insyaAllah akan dikebumikan di Perkuburan Kg Tunjong.Marilah kita sama-sama doakan rohnya dicucuri rahmat Allah.
Hadiahkan ALFATIHAH untuk beliau.
Kafaa Bil MAuti Zikraa..Cukuplah mati itu sebagai satu peringatan.

Berita Ust DAHLAn..

Ust Dahlan Bin Mohd Zain.Mudir Maahad Attarbiyah Al-Islamiyah(MATRI).

KANGAR-Ustaz tidak lalu makan sejak dua menjak ini.Berita terbaru yang diterima awal pagi tadi,keadaan ust Dahlan semakin nazak.Hajat doa dari semua.Sama-sama bacakan yasin dan doa untuk beliau.

M.Rajoli Meninggal Dunia

Pelakon veteran M Rajoli dah meninggal dunia. Boleh rujuk berita pada Berita Harian Online ni. Daripada-Nya kita datang, dan kepada-Nya kita kembali. Semoga allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang soleh..
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, M Rajoli, 64, meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, jam 10.45 malam ini akibat sesak nafas selepas terlantar sakit lebih setahun lalu.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Keramat, sebelum Zohor esok.

Sep 17, 2010

Mahkota Yang Keciciran

Ya Allah..

Dup!Hari ini aku baru sedar semula dari tidur yang panjang.Aku telah lama lena.Kini kau memanggilku semula untuk berjuang..Bagaimana?Aku rasa seolah tak mampu.Lelah untuk mengangkat senjata lagi.Penat dengan peperangan nafsu berehat.Namun, aku lagi tak mampu untuk menolaknya.Kerana aku hanya manusia.Yang tak dapat meramal sedikit pun suatu saat akan datang.Jika aku melepaskan masuliah[1] ini,mana tahu mungkin ianya pintu pegislahan bagi hatiku yang telah disaluti nikmat kerehatan ini..

!@#$%^&.....

Satu getaran dari satu lubang menyimpan barang di sebelah kananku.Di dalam kereta Avanza 1.3 bewarna kuning cair itu aku sedang memandu.Getaran itu diiringi bunyi irama muzik yang tidak terlampau mengganggu jiwa.Dan sedikit relaks mendengarnya.Aku meraba lubang itu dan menggenggam telefon bimbitku.Menariknya keluar dengan tangan kanan sambil tangan kiri memegang stereng.Sempat ku melirikkan kedua bola mataku ke skrin telefon bimbit itu.Tertera sebaris nama seseorang.Yang hanya aku akan berhubung dengannya bersebab,ada hal atau terdesak.Tak mungkin saja-saja atau sekadar bertanya khabar,apatah lagi berbual kosong atau bergelak ketawa.Ini bermakna panggilan itu PENTING dan bukan sekadar menghabiskan kredit atau meluahkan rindu.Aku perlu jawab.TAPI… Pesan ibu yang berada di kejauhan terngiang-ngiang.

“Kalau kakak sedang memandu jangan menjawab `fon` tu lagi.Berhenti di sebelah jalan atau telefon dia lain kali.”Disebabkan aku masih lagi memegang lessen kereta standard `P`(percubaaan) dan baru 6 bulan ‘mengemudi’ kereta dan untuk mengelak kecelakaan jalan raya ibuku memesan begitu kepadaku supaya jangan berlagak di jalan raya.Supaya aku sedar bahawa aku baru di arena ‘PERCUBAAN’ memandu di jalan raya.

Aku tak membantah.Lalu aku segera memberi signal ke kiri.3-4 saat kemudian,aku mengilas streng kereta ke kiri .Kereta yang ku pandu semakin perlahan. Tangankumenyentuh gear di sebelah kiri serentak kaki kiriku menekan pedal klucth sampai habis.Lalu,dengan pantas aku menggerakkan gear ke kiri dan menariknya ke bawah .Kenderaanku berada dalam kelajuan 15-20 km/jam.Semakin perlahan. Aku menekan punat hijau di talifon tanda menjawab panggilan PENTING tadi.Dan terus ku berhentikan kereta.

“Assalamualaikum.”Aku memulakan.

“Ya.Waalmkmslm……………….

……………………………

……………

……………………..jadi,anti setuju la ni?”Di pengakhiran perbualan kami yang ringkas itu ,si pemanggil mengajukan soalan sebagai kesimpulan dan penutup untuk perbualan kami.Untuk kepastian sekali lagi atas apa yang kami bincangkan tadi.

“Ya.InsyaAllah.” Semoga Allah membantuku untuk memikul tanggungjawab ini.Tambahku dalam hati.

Aku jadi tersandar ke tempat dudukku.Kepalaku terhentak sedikit ke belakang.

RoBBI..

Ungkapan yang ringkas.Di dengar tak bermakna bagi siapa yang tak mengenaliNYA.Namun sangat tenang,lega,seolah diberi kekuatan,nyaman,Maha Besarnya,bersyukur dan pelbagai rempah ratus rasa yang tak dapat diukir dengan kata-kaat bila kita benar2 membawa DIA hidup bersama dalam kehidupan kita.

‘Kem Komandan.Boleh kah aku mengurus dengan baik tanggungjawab yang berat itu.Rasanya memikul guni 30kilogram sebelah bahu lebih ringan berbanding tanggungjawab ini.Tunggak penting dalam kelancaran dan ketertarikan sebuah kem.’Hatiku bergumam sendiri.Otakku mula ligat membayangkan saat aku akan menjadi kem komandan.Yang lebih lelah untuk dilaksanakan adalah IKHLAS.Di mana akan ku temui buah mutiara itu kalau aku tidak meredhainya dari sekarang.Dan bersedia untuk susah dan senang ruh dan akal.Tiang ikhlas itu mudah tumbang kalau ikhlas itu tidak begitu kukuh.Apabila badai ujian melanda di situlah kerapuhan ikhlas akan terlerai dan datang yang lain iaitu putus asa,dendam, tidak redha dengan kehendak Allah,rosak hubungan dengan manusia,dan pelbagai masalah mulai nampak terlampau besar seolah lebih besar dari dunia dan seisinya.Sebab itu pentingnya Ikhlas.Lagi pula,ikhlas itu sendiri adalah melakukan sesuatu HANYASANYA KERANA ALLAH.

Jika tunggak itu rapuh,maka bagaimana dengan sampingan yang lain?

****************

Aku duduk di sofa.Bersantai.Mata memandang ke televisyen tanpa keinginan.Filem komedi yang sedang ditayangkan seolah tidak lawak langsung bagiku dan sekadar hendak mengejek aku dengan masalah yang menimpa.Hatiku yang kebingungan tidak dapat diubati dengan gelak tawa mereka.

Pagi tadi,aku mendapat keputusan ujian matapelajaran `Syarah Ibnu `Aqil’ iaitu subjek Nahwu(nahu) dari Ustaz Marwan.Aku rasa tak berguna dan seolah kesia-siaan yang teramat.Rugi menghabiskan masa berjam-jam melatih tubi tata Bahasa Arab itu.Membazir ketelaahan aku berjam-jam di maktabah untuk mempelajari lebih untuk subjek yang paling susah itu.Buang masa aku memberi tumpuan lebih untuk keputusan yang tak berguna itu.Walaupun aku belum gagal tapi markah yang terlampau sedikit dan lagi selangkah akan jatuh ke tanah ‘Rosib’[2] itu betul-betul memalukan aku.Aku malu dengan semua warga KTD[3].Aku merasai bahawa malu aku dengan manusia lebih berbanding malu kepada Penentu markah itu sendiri.

· Kalau kita ikhlas akan memudahkan lagi kita mencapai kejayaan.

· Dengan ikhlas juga kita akan redha dengan apa sahaja natijah yang Allah akan hadiahkan kepada kita.

Buku nota kulit keras di atas meja terus aku capai.Mencari kekuatan.Kerana di situ terhimpun seribu satu madah murabbi[4]-murabbiku tercinta.Aku menyelak helaian yang tercatat pada 23 Mei 2009 itu. Aku mencatit nota dari penyampaian Profesor tercinta kami itu.Profesor Dr. Omar Hj Salleh menghuraikan dengan panjang lebar tentang ikhlas pada hari itu.Nota itu aku catit ketika mendengar sebuah penyampaian Ijtima`[5]Umum pada hari Sabtu. Sememangnya setiap hari Sabtu,KTD akan mengadakan program ijtima` di dewan utama KTD.Sebaris dua kata yang terakam di helaian kertas itu membuatku sedikit tersentak.

’Kejayaan’

Aku begitu terpancing dengan kalimah itu.Kerana kalimah itu yang aku kejar,tapi tak dapat.Ha ha.Ketawalah pada diri sendiri.Aku baca setiap bait kata yang mengiringi kalimah itu.Aku tersentak.

‘IKHLAS.’

Satu perkataan elihatan berbinar di mindaku.

Aku sudah berusaha habis-habisan untuk mencapai target tertinggi untuk subjek yang paling digemari orang untuk dibenci itu.Namun natijahnya seperti tidak disangka.Tak berbaloi langsung dengan pengorbanan yang aku taburkan.

‘Mungkin aku terlupa untuk meletakkan rempah ikhlas dalam resipi kejayaanku.Patutlah aku terlampau tertekan bila tak dapat apa yang dihajati.’ “Dengan ikhlas juga kita akan redha dengan apa sahaja natijah yang Allah akan hadiahkan kepada kita.” Tulisan catatan penyampaian Prof Omar berlintas-lintas di fikiranku.

‘Ya Allah,aku lupa meletakkan Engkau dalam perjuanganku.Aku bersusah payah mendapatkan sesuatu yang dihajati berselit tujuan untuk memperhambakan diri pada nafsu dan manusia yang lemah sepertiku.Sehingga keciciran ikhlas pada MU.’

“Saibah,saya nampak awak ‘frust’ sangat ni.Awak tertekan dengan markah subjek Nahwu tadi kah?” Aqilah memegang pundakku.Soalan yang diajukan terus berlalu begitu sahaja tanpa jawapan.Tanpa disuruh,dia menarik sebuah kerusi yang berada di sebelah meja belajarku di dalam bilik kami berdua.

Aku cuba tersenyum pada Aqilah.Berlakon seolah tidak ada apa-apa.

“Palsunya senyuman tu.”Aqilah melontar kata.Kali ini aku tersenyum betul.Katanya tadi seolah –olah meluahkan yang aku sedang berbohong.Bukan membohonginya.Tapi diri sendiri.Aku tersenyum ikhlas.Memberi maksud meminta maaf padanya kerana cuba berbohong.

“Ibah,awak tak redha dengan apa yang Allah tetapkan ka?”Sekali lagi aku tersentak.

Ya Allah.Aku malu.Aku malu denganMu.Aku malu mengungkap cinta padaMu selama ini tapi bila ujian dariMu itu hadir menjengah.Aku terus lupa dengan kasih sayangMu.Jika tadi aku malu dengan manusia dan cuba untuk tidak keluar dari rumah.Tapi sekarang aku malu dengan Allah.Jadi di mana seharusnya aku menyorok .Auch!Jiwaku tersipu pada penciptaNya sendiri.

“Tak mengapalah Ibah.Allah letakkan natijah awak macam tu mungkin ada hikmahnya.Dia nak kita lebih dekatNya.” Aqilah mesra menggunakan ganti nama diri ‘kita’.Itu nampak lebih merendah diri.

Aku teringat dengan nasihatnya yang lalu.

“ Kadang-kadang kita rasa kita sudah meletakkan usaha kita di peringkat maksima untuk melakukan sesuatu amal.Tapi kita lupa iringi satu perkara yang teramat penting.Lebih dari usaha kita yang menggunung itu.”Dia diam sebentar dan memandang aku.

“IKHLAS dan seterusnya REDHA dengan apa sahaja kehendak Allah.”

Hatiku terus bergumam.

’Bagaimana?’

Seolah-olah dia mendengar gumaman itu.

“Lakukan apa sahaja kerana Allah.Hanya Allah.Hatta dalam urusan mengesat peluh pun”

Fuh!Bola mataku terbeliak.Tapi sekadar dalam hati.Ego sedikit menyelubungi.Dia lalu menyambung lagi.Mungkin terperasan yang aku masih belum faham sepenuhnya.

“Bila sudah diniatkan kerana Allah,segala anggota badan dari sebesar-besar bahagian sehingga sel-sel terkecil akan bersedia memprogramkan sistem dalam jiwa mereka supaya redha.Kerana mereka milik Allah.Dan sangat patuh pada Allah.Tahukah?Betapa menderitanya zahir dan batin mereka bila manusia meminjam mereka dari Allah dan terus sahaja melupakan Allah dalam urusan penggunaan mereka?” Sekali lagi.Seperti seorang pemain bola sepak terkenal menendang bola sekuat hati masuk ke gawang gol.Betul-betul tepat tertusuk di jiwaku.Tersentuh.

Sebab itu, hadis pertama dari hadis 40 ialah “Innamal A`maalu binniat”[6].Bila niat jelas.Dengan sepenuh keikhlasan.Nah!Terlahirlah sebuah natijah yang amat cantik.walaupun disorong dengan sejuta kesulitan sekalupun.

“dan Dengan ikhlas juga kita akan redha dengan apa sahaja natijah yang Allah akan hadiahkan kepada kita.”

Tulisan dari buku catatan kulit keras itu sekali melintasi benakku.Sama seperti yang diungkapkan oleh sahabatku Aqilah.

Dan sahabatku itu membawa satu hadis sebagai penutup.Untuk melihatku tidak bermuram durja lagi.Sekaligus redha dan bersedia untuk ikhlas dalam setiap amal.Dia tersenyum.Aku melihat senyumannya sarat keikhlasan.Dan mungkin KERANA ALLAH.Jadi dia tidak akan kecewa jika aku membalas senyumannya dengan jelingan.Kerana dia ikhlas.Dan dia akan redha dengan apa yang ditentukan oleh Allah untuknya.Bibirnya cuba bergumam lagi.

“`Ajaba li kulli amril mukminin……aaaa”Bibirnya masih tak lekang dengan senyuman.Aku menanti dengan sabar matan hadis yang akan di lontarkannya itu.Dia tertunduk kemudian memanggung wajahnya semula.Memandangku.

“Maaf,saya tak ingat matan arabnya.Tapi mafhumnya begini.Rasulullah yang cakap tau ….

“Aku takjub terhadap orang mukmin.Setiap urusannya baik.Bila dia mendapat nikmat ,dia akan memuji Allah.Dan itu adalah baik baginya.Apabila dia mendapat musibah,dia akan bersabar.Dan itu baik baginya.Tidak setiap orang urusannya adalah kebaikan.Kecuali mukmin!”

-Riwayat Ad-Dharimi dan Ahmad

Ayat hadis itu telah aku salin cantik-cantik dan melekatkannya di dinding kamarku.Hadis yang membawa maksud natijah dari IKHLAS dan REDHA kepada Allah.Ajaibnya!

************

Selesai membayar semua jumlah bayaran makanan yang dipesan tadi,aku pun mula melangkahkan kaki menuju kereta Avanza tercintaku.Memandu menghala ke rumah nenekku yang berada di Kampung Genting,Tasek Gelugor.Aku membawa hatiku yang gemersik rindu padanya ini dengan penuh kesabaran.Rindu sangat untuk berjumpa dengannya.Berbekal semangat untuk IKHLAS dan REDHA dalam setiap amal.Persediaan dari sekarang!Walaupun untuk 3 bulan akan datang.Aku tak akan kecundangkan pahala amalku sebgai kem komandan kali ini dengan keterciciran IKHLAS.Aku berusaha keras un tuk ikhlas.Kemudian bersedia secara teori dan praktik sebagai kem komandan.Semoga Allah mengiringi setiap hambanya yang mengharap DIA dalam setiap amalnya.Aamin

*Aku[7]

[1] Tanggungjawab

[2]Peringkat gagal dalam sistem pembelajaran di KTD.

[3] Kolej Tarbiyah Islamiyah dan Ulum Ad-Deeniyah.KTD.Sebuah kolej yang mementingkan keperibadian unggul secara professional,menerapkan nilai islam yang syumul dan khusus untuk pelajaran deeniyah.

[4] Pendidik atau kata lain bagi guru,pensyarah atau tenaga pengajar dan pendidik.Tetapi murabbi lebih tinggi.

[5] Perhimpunan.Program khas untuk ceramah-ceramah,tayangan atau penyampaian oleh pensyarah-pensyarah di KTD.

[6] Sesungguhnya setiap amal perlu bermula dengan niat.

[7] Watak ‘AKU’ diatas adalah rekaan penulis semata-semata.’AKU’ mungkin hidup atau mungkin tak wujud.

*Cerita ini adalah rekaan semata-mata.

*Sebarang komen atau cadangan sebagai penambah baikan cerpen ini amatlah di alukan,

*Hantar komen ke - iffahhannafikri92@yahoo.com - atau komen sahaja di bawah.

* Terima Kasih

KafAn BUruK..

En Jamal.Seorang ahli perniagaan yang sangat kaya raya.Beliau hidup mewah dengan seorang isteri di sebuah bukit bernama Bukit Dermaga.Entah la kenapa bukit itu diberi nama itu.En Jamal seorang ahli perniagaan yang banyak menipu dalam pekerjaannya.Segala jenis penipuan dalam dunia pem`bisnes`an ini dia pernah mencuba.Dia tidak akan melepaskan satu pun peluang untuk menipu sepanjang kehidupannya.Dia tidak pernah puas denagn kekayaan yang dimiliki.Dia akan terus mencari dan mencari lagi.

Pekerjaan menindas orang dilakukannya sehinggalah satu hari,dia jatuh sakit. Dia hanya mampu terlantar di katil.Hari-harinya yangmendatang itu terus sahaja dirutinkan denagn ubat.Penyakit yang dialaminya……………………………………(xpasti)

Suatu hari,dalam keadaan susah payah,dia memanggil isterinya duduk disampingnya.

“Sayang,nanti kalau abang dah mati sayang kafankan je abang dengan kain buruk,”Permintaan En Jamal sungguh aneh.Isterinya tak mengerti mengapa suaminya membuat permintaan sedemikian pelik.

“Kenapa?”Tanya isteri En Jamal untuk meleraikan keingintahuannya.

“Tak palah,abg dah lama hidup denagn kemewahan dan kesenangan.Tibalah masa abang untuk merasai kesusahan pulak.”Hati isteri En Jamal tersenyum kecil .Dia bersyukur kerana suaminya telah insaf.Tapi hati kecilnya masih tertanya-tanya.Tapi kenapa kain buruk?

Lantas si isteri bertanya:

“Tapi kenapa bang?”

En Jamal mengalihkan pandangannya kepada isterinya.Isterinya menanti dengan sabar apakah jawapan penginsafan yang bakal dikatakan oleh suami tercintanya.Lalu suaminya mengumpul sekuat tenaga untuk memberitahu isterinya:

“Laa… Kalau abang pakai kain kafan buruk dalam kubur nanti,bila malaikat tengok kain yang dah buruk mestilah dia ingat dah lama mati.Jadi tak payahla dia nak soal lagi.Selamatlah abang.”

Dia ingat malaikat tu tak pegi sekolah macam dia ka..

*pengajaran:

“Berusahalah untuk terlepas dari siksa kubur dengan amalan di dunia lagi.Bukan usaha mencari jalan untuk terlepas di akhirat nanti.”

DIA bersamaku..

DIA bersamaku..

Allah itu..
DIA bersamaku.DIA bersama kita.Bila-bila masa sahaja.Tatkala kita senang mahupun kita susah.

Kala aku futur ini.Aku lalu menadah tangan,melutut dan duduk serendah rendahnya dibawah ketinggian RABB lalu berdoa..

ALLAHUMMAR ZUQNISTIQAMAH..ALLAHUMMAR ZUQNISTIQAMAH..ALLAHUMMAR ZUQNISTIQAMAH...

Tika ini aku merasa teramat lemah.Lemah untuk melawan nafsu.Sukar untuk melakukan kebaikan.Sedangkan pernah suatu ketika dahulu ku berjanji aku akan merebut setiap peluang amal yang hadir padaku.Jika tiada aku akan mencarinya.Tapi kini,aku rasa lemah.

Namun siapa yang lebih memahami duka ku ini?Melainkan DIA..yang Ku CINTA..yang memberi senafas kehidupan iman buat hati resah ini..yang mencipta setiap ujian dan penyelesaian..

Lalu DIA lebih tahu dimana seharusnya aku.DIA menyusun setiap atucara kehidupanku hari ini, DIA juga menyusun letak hatiku di majlis2 mulia.DIA juga yang menyusun gerak tari langkahku sore tadi..Kerana DIA tahu segalanya.Kemana seharusnya aku..

DIA menjawab tanpa aku membuka mulut bertanya kerana DIA tahu hatiku sedang berbicara dengannya.DIA jawab.Jawab.dan jawab lagi melalui makhluknya.Sehingga aku faham dan dapat membina serumpun keyakinan kembali.Itu lah DIA yang MAHA MENGETAHUI,PENGASIH lagi MEMBERI SEGALA SESUATU..Aku Cintakan DIA.Sedalam-dalam cinta.Kerana cinta inilah yang aku cari kesekian lamanya.Akhirnya aku berjumpa dengan cinta yang MEMAHAMIku..

Aku belum putus berharap padaNYA agar dibuka hati dan diberi jawapan yang benar2 memuaskan.Dan.saat itu juga,dia mewakilkan hambanya menjawab:

"Lakukanlah sesuatu amal atas semangat iman bukan sekadar semangat yang hanya bersemangat..Datangnya futur ialah apabila semangat `kosong` seseorang itu telah hilang,tapi jika ia bersemanagat atas dasar iman,selagi iman menguasainya,dia pasti bersemangat!"

Dup!Hati ini terpanah.Namun,terasa bagai diusap oleh Sang Maha CINTAku.. "Amal yang dilakukan,letakkanlah niatnya betul2 kerana ALLAH,bukan kerana pangkat atau jawatan yang disandang atau merasa itu sebagai beban tapi rasailah kita sedang mengejar tuntutan Allah[fastabiqul khairat-AlBaqarah]","Biar kita dilucutkan jawatan,tapi kita masih lagi bekerja, kerana kita bersedia melakukannya kerana ALLAH.Asalkan kita dapat merebut peluang membuat amal."

DIA mengetahui apa yang sedang aku alami..

ALLAH,
aku terkandas melakukan dosa lagi..AMPUNKAN aku YA ALLAH.
Sudikah kau mengampuniku dalam lumur dosa hamba ini ya RABB??
Sudikah lagi kau bawa aku pulang ke taman hidayah mu ya HAADI??
WAHHAB,QAHHAr,sambutlah tangan ku yang berlumuran dosa ini menuju cintaMU..

AKU PERLUKAN MU>>dalam setiap saat nafas hidupku.
Janganlah KAU biarkan aku terlalai membuat keputusan sendiri walau dalam kadar sekelip mata.Atau lebih singkat dari itu.Hadiahkan aku keimanan yang jitu sehingga aku tak perlu lagi berharap pada sesiapa kecuali ENGKAU..

Hadiakanlah aku ISTIQAMAH dalam agamamu.Jauhkanlah aku dari ISTIDRAJ..

Islam Pengganas..

Islam dianggap pengganas?Bersetujukah?

Budak kecil yang melontar batu adalah lebih ganas dari seorang lelaki dewasa yang melontar bom...

Bukalah mata hati,kekejaman israel tak kan berhenti selagi tiada yang bangkit menghentikannya.

Soal Palestin soal kita juga!Mereka saudara kita.Mengapa urusan ini hanya terbeban di pundak penduduk palestin sahaja?Al AQSA milik umat islam!!!Bangkitlah,sedar bahawa

AL-AQSA milik KITA.
AL-AQSA milik KITA.
AL-AQSA milik KITA.
AL-AQSA milik KITA.
AL-AQSA milik KITA.

Mengapa perlu berdiam diri saat tanah palestinMu(tanah milik kita) dijajah?

"Anak2 adalah nyawa kami,tetapi AL-AQSA adalah lebih berharga dari anak2 kami sendiri"-ummu syahid,

Pada mereka ,AlAQSA adalah lebih berharga dari segalanya..

Ummat islam sedunia seramai lebih 300 JUTA anggota .Tapi mengapa tidak dapat mengalahkan hanya 5 JUTA penganut yahudi???

Mana jiwa2 muslim yang lain?TElah matikah kalian?Atau kalian sudah tidak lagi mempunyai jiwa?

Mereka menuduh kita pengganas,
mereka merampas tanah kita
mereka sembelih saudara kita,
mereka cabul kehormatan kita...

Tapi sampai bila KITA harus berdiam diri??

bangunlah!

"Menyokong penduduk palestin di GAZA adalah KEWAJIPAN agama pada setiap Muslim dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut.Umat islam perlu bersedia berkorban harta benda dan apa sahaja yang bernilaidemi membantu saudara mara kita di GAZA"
-Syeikh Yusuf Al-Qardhawi

Sep 16, 2010

MY NEW BLOG...let`s view..

Ini adalah blog baru `AKU HANYA HAMBA`...Blog lama terpaksa dikuburkan atas beberapa masalah dan kesulitan..

16 September 2010..10:33:pm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Bukan LANGIT ILAHI..Bukan LAUTAN RABBANI..HANYA HAMBA Rahmani.."