Jun 24, 2011

~Maaf kerana buatkan kamu MARAH~

Assalamualaikum..

Salam sejahtera,salam ceria.. Ehh..senyum2 semua yaa..Baguss.Ini yang kita nak.

Hmm..Rasanya kali ini hamba nak menggomel tentang apa?

SALAAAHH!!

Hamba tak berapa pakar dalam bab tu,hamba cuma nak cerita sikit pasal seorang hamba Allah yang berusaha sehabis daya dia untuk menahan amarahnya..Jom baca!

**********************************

"Aiman,Hakim,mari sini!" Afif memanggil kedua orang anaknya yang sedang bergaduh di ruang tamu.Sebenarnya sudah lama Afif memerhatikan pergaduhan anak sulung dan keduanya itu.Namun dia tidak cepat-cepat menegur perbuatan anak-anaknya itu.Dia sedang mencari 'seni' dalam mendidik.Dia sedang mencari bagaimana jalan terbaik yang dapat dia tegur dan membuatkan anak-anaknya boleh terima dengan tegurannya itu.Dari sofa yang terletak di bahagian tepi ruang tamu,dia memanggil anaknya itu dan mempersilakan mereka untuk duduk di hadapannya.

"Aiman dan Hakim nak dengar sebuah cerita tak?Cerita abah muda-muda dulu."

"Naakk!!"Bukan cuma Aiman dan Hakim yang tertarik dengan 'sejarah' ayah mereka.Namun adik-adik mereka juga sangat tertarik dengan kisah silam paduka ayahanda mereka itu.Mereka memang sangat gemar mendengar cerita ayah mereka semasa kecil dan remaja.Kerana banyak pengajaran dan motivasi yang boleh di ambil.Tambahan Afif itu sememangnya Allah anugerahkan dia 'keunikan' dalam bercerita.Sangat menarik untuk didengari.

"Kenalkan Pak Cik Ariff?"Afif memulakan cerita dengan memperkenalkan sahabat baiknya itu. Anak-anak pun mengangguk.

"Pernah satu ketika tu,Pak Cik Ariff terbuat silap kat abah.Abah memang rasa marah sangat-sangat.Abah hayunkan langkah seribu dengan sejuta kegeraman dan berjumpa dengan Pak Cik Ariff.Bila sampai ja depan Pak Cik,abah terlihat senyuman dia.Dia tersenyum simpul pada abah.Abah dekatkan diri abah dengan dia,abah pun pegang tangan dia.Genggam kuat-kuat.Sampai muka abah merah padam.Macam beg Aishah tu."Muqaddimah Afif sambil menudingkan jarinya ke arah beg anak perempuannya,Aishah.

Semua anak-anaknya tergelak.Sebab mustahil wajah ayah mereka memerah seperti itu.Merah hati.Afif pun turut tersenyum meraikan tawa anak-anaknya.

"Lepastu abah buat apa?"Tanya Hakim,9 tahun.

"Hakim rasa,abah buat apa?Dalam keadaan marah sangat-sangat tu."tanya Afif sambil memancing jiwa anaknya yang bergaduh tadi supaya mereka berfikir apa yang seharusnya dilakukan bila sedang marah.Soalan itu disusuli dengan usapan di belakang kepala anaknya.

Hakim senyap-senyap menjeling kepada abangnya Aiman.Seraya menjawab."Belasah dia."

Afif tersenyum kecil.Kali ini dia bertanya pula kepada anaknya yang sulung,"Soleh tak along kalau dalam keadaan marah kita belasah orang?"

Aiman yang ketika itu sudah berusia 11 tahun dapat mengagak bahawa ayahnya sedang menegurnya kerana bertumbuk dengan adiknya tadi.Dan dia dapat merasakan bahawa perbuatannya tadi itu salah.Perlahan Aiman menggeleng.

"Haa..abah tak tumbuk dia,abah tak belasah dia ..tapi abah terus peluk dia kuat-kuat.." Sambung Afif cuba mengemukakan penyelesaian.

"Sampaikan Pak Cik terperasan yang abah tengah marah sangat-sangat kat dia.Sebabnya abah ni kalau marah,muka memang jadi merah sangat-sangat."Afif menghentikan kata-katanya seketika.Memerhatikan wajah anak-anaknya satu persatu.Tekun mendengar.

"Abah peluk Pak Cik kuat-kuat kemudian abah cakap 'aku minta maaf Riff ', "

"Aik?kenapa abah yang minta maaf,kan tadi Pak Cik Ariff yang salah."Celah Hakim.Tak puas hati.

"Yaaa..tapi abah faham,Pak Cik Ariff sebenarnya tak sengaja.Tapi abah yang salah sebab nak marah dia.Jadi abah lah yang kena minta maaf.Lagipun tak ada salahnya kan kalau kita minta maaf walaupun kita tak salah.Kan Rasulullah cakap:Orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan dirinya daripada amarah.Tapi sebenarnya sebelum abah minta maaf kat Pak Cik,Pak Cik cakap kat abah dulu, 'aku minta maaf sebab buatkan kau marah..'abah tak lupa ayat tu.." Kesimpulan Afif cukup memberitahu anak-anaknya bahawa penyelesaian dalam pertengkaran adalah meminta maaf dan memaafkan.

"Lepas tu bah?" Aishah masih tidak puas hati.

"Lepas tu,Pak Cik Ariff pun minta maaf ngan abah sebab tak sedar dia buat salah tadi.Tapi abah dah maafkan dia masa abah peluk dia .Dia senyum,abah pun senyum.Tak ada yang luka,tak ada yang sakit.Masalah pun selesai.Tak perlu nak gaduh.Memaafkan adalah lebih baik"

Sekali lagi,Afif cuba mencucuk jarum nasihat untuk kedua anaknya yang bergaduh tadi.Aiman tertunduk malu.Dia sudah faham sangat.Hakim tiba-tiba menghulurkan tangan kanannya kearah Aiman.Tapi wajahnya di palingkan ke arah lain.Aiman dengan matang,menyambut tangan adiknya.Perlahan tertutur."Abang minta maaf"."Hmm.Akim pun"Ringkas respon Hakim.

Dalam hati Afif dia tersenyum lebar, "Objektif tercapai".Bisiknya.

Dari dapur, Muslehah menonton adegan itu dengan penuh kesyukuran.Bersyukur kerana mendapat anak-anak yang mudah menerima nasihat.Dan bersyukur kerana mendapat suami yang lestari menyusun strategi tarbiyah untuk anak-anaknya.Terasa ringan beban seorang ibu.Suaminya bukan sahaja bijak mengatur hal ehwal luaran keluarga malah dalam proses mendidik anak pun dia bijak. Tercuit di hati kecil Muslehah "Machonya.."

~::AKU HANYA HAMBA::~

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Bukan LANGIT ILAHI..Bukan LAUTAN RABBANI..HANYA HAMBA Rahmani.."