Jul 29, 2011

~::Semakin Diuji,Semakin Allah Kasihkan Kita::~

betapa terkejutnya hamba membaca statement yg ditulis
oleh sahabat hamba pada petak komen dalam laman sosial facebooknya tadi..

Post ne,hamba karang khas buat sahabat hamba....Kak Jue.

Ingin sangat hamba mulakan post kali ni dengan membawa kak jue dan pembaca sekalian mengingati semula sebaris ayat Allah S.W.T yang selalu memujuk kita tikamana kita diulit masalah/ujian.

"لا يكلف الله نفسا إلا وسعها"

bermaksud:-

Allah tidak akan membebankan seseorang itu melainkan dengan kemampuannya...

---------

Nah!Sahabatku yang didampingi ujian tika ini,
Jelaslah di sini bahawa pengasihnya Allah itu sehingga tidak sanggup membiarkan hambanya kesempitan melainkan dengan kesanggupan dia sendiri.?Ayuhlah koreksi semula hati kita,bilamana kita ditimpa ujian,itu bermakna Allah hadirkan bersama kita kekuatan dan kesanggupan.Yang perlu pada kita ialah,mengaharunginya dengan penuh 'husnuzon'(sangka baik) pada Allah.Letakkan ke-positif-an dalam setiap apa yang Allah tetapkan.Masihku ingat sebaris ayat Al-Quran yang ku hafaz semasa di tingkatan 2/3 yang mafhumnya berbunyi,

"Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu."

Sekali lagi,Allah menuturkan bait pujuknya agar kita tidak merasakan kesia-siaan kita dalam ujian-Nya.Ayat ini memberitahu kita ke-'ALiman Allah dalam segala sesuatu.Dia menakdirkan yang terbaik buat kita.Sentiasa yang terbaik!

Sahabatku,
Janganlah putuskan doa dari hayatmu.Biarlah doa itu sentiasa menjadi senjata dalam pertempuran hidup ini.Berdoa dan terus berdoalah!Seandainya engkau berasa Allah tidak memakbulkan doamu,janganlah engkau berputus asa dari-Nya,teruskan berdoa dan dekatkan jiwamu denganNYa saban waktu..DIA mahu kita lebih mendekatiNYA.Kerana itu dia MENANGGUHKAN doa kita.Bukan tidak memakbulkan.

Ingatlah temanku,
Semakin kita di uji,semakin Allah kasihkan kita.Cuma terpulang pada kita,hendak menilainya dari sudut positif atau negatif.Dan segalanya juga berbalik pada kita,sama ada menggunakan peluang kasihnya Allah pada kita ini dengan sebaiknya ataupun membiarkan ianya berlalu mengikut arus waktu.Allah telah menghulurkan tangannya melamar cinta dari mu..Lalu apa jawapmu?Biarlah jiwamu sendiri yang mengorak jawapan.Jiwamu sahaja yang tahu betapa dekat atau jauhnya dia dari Allah.

Sahabatku sayang,
Hampir 8tahun kita bersahabat (7tahun secara serius),Aku sangat mengenalimu,dari dulu entah mengapa Allah sangat suka meletakkan ujian kasihnya itu padamu.Teringat aku,sewaktu kali pertama engkau mengetahui keadaan ibumu yang disahkan mengidap S.L.E.,aku melihat engkau tabah sehingga hari ini.Dan aku tahu,dalam ujianNya itu,kau mencuba untuk mendekatiNYA. Dan hari ini,kau sekali lagi diuji dengan ujian seumpama itu,telah Allah bisikkan padamu "ENGKAU MAMPU MENGHADAPINYA" .Aku yakin benar,Allah sangat-sangta ingin engkau pulang padaNYA.Dengan sepenuhnya kecintaan dan keimanan.

Temanku tercinta,
Aku tidak mahu engkau berasa beban dengan kalamku ini,tak ingin lagi aku meleret-leretkannya. Biarlah srangkap hadis ini menjadi madah penutup coretanku kali ini.Beserta doa,ku tinggalkan salamku di sini..Buatmu..

maksudnya:

"Allah swt berfirman,'Aku sesuai dengan sangkaan hamba-Ku.jika ia mengingat-Ku di dalam dirinya,Aku akan mengingatnya di dalam diri-Ku,jika di berzikir /mengingat-Ku dalam kelompok orang.Aku akan mengingatnya di hadapan kelompok yang lebih baik dari pada mereka,jika dia mendekat sejengkal kepada-Ku,Aku akan mendekat sehasta kepadanya.jika dia mendekat sehasta Aku akan mendekat satu depa kepadanya,jika dia mendatangi-Ku sambil berjalan Aku akan mendatanginya sambil berlari."(rawahul bukhari)

..SEMOGA KAK JUE TABAH..
..KITA HANYA HAMBA..

5 comments:

  1. inalilahiwainnailahiroji'un..allah selalu melamr cinta kita cuma kadang-kadang kita mensia-siakannya..kita biar ia pergi tanpa menggapainya..akhirnya kita tidak menggapai sebarang kebahgiaan dan kenikmatan baik di dunia mahupun akhirat..doakan k jue tabah.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum fa!!!

    baru nk post soal tu..ehehe,terlambat sikit.apa2 pun syukran atas perkongsian yg simple ni..hehehe,jga diri!

    ReplyDelete
  3. owh, kak ju...Allah bersama kamu...

    ReplyDelete
  4. Allahurobbi~
    mhon copy ye~
    sdikit ayat nshat dan mksd hdis tu..syukran

    ReplyDelete
  5. >Tangisan Rindu

    sila2.. "Alhikmatu dhallatul mukmin,faltaqitha anna wajadaha.."-alhadis

    -kebijksanaan dan ilmu itu mlik org mkmin,mka kutiplah ia dmana shj kmu mnemui..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Bukan LANGIT ILAHI..Bukan LAUTAN RABBANI..HANYA HAMBA Rahmani.."